Semasa
Penjara Terlalu Sesak, Kira-Kira 18 Ribu Banduan Sudah Dibebaskan Bagi Mengelak Jngkitan COVlD-19


Kira-kira 18,000 bnduan telah dibebaskan dalam usaha untuk menghentikan penyebaran wabak COV1D-19 di pnjara-pnjara di Indonesia yang mengalami masalah kesesakan, kata pihak berkuasa pada Khamis.
Langkah itu diambil sehari selepas pemerintah republik berkenaan mengumumkan tentang pembebasan lebih daripada 30,000 bnduan untuk mengelak risiko virus itu tersebar dengan lebih cepat.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menyeru agar penghuni pnjara yang berisiko terhadap jangk1tan dibebaskan, dengan Afghanistan telah mengumumkan akan membebaskan 10,000 tahanan.
” Sasaran kami adalah untuk membebaskan 30,000 penghuni, tetapi jumlah itu mungkin akan bertambah,” kata Rika Aprianti, jurucakap Ketua Pengarah Pemulihan.
Arahan pelepasan daripada pemerintah itu merangkumi pesaIah juuvana dan tahanan dewasa yang telah selesai menjalani sekurang-kurangnya dua pertiga daripada hukvman mereka.
Bnduan dinasihatkan untuk menjalani kuarantin di rumah selepas dibebaskan.
Badan hak asasi manusia, Amnesty International, mengalu-alukan keputusan itu, tetapi menggesa kerajaan untuk mengambil keputusan yang wajar dan membebaskan bnduan dalam kalangan warga emas yang mempunyai masalah kesihatan.
” Mereka terdedah kepada COV1D-19 dan mereka mesti dibebaskan,” kata Pengarah Eksekutif Amnesty Indonesia, Usman Hamid.
Sebelum ini sorok angka sebenar jumlah dijangk1ti
Februari lalu, kerajaan Indonesia mengkritik kajian Universiti Harvard yang mempersoalkan ketiadaan kes COV1D-19 di negara paling ramai di Asia Tenggara itu.
Kajian itu mempersoalkan ketiadaan kes COV1D-19 di republik berkenaan walaupun negara berkenaan mempunyai laluan penerbangan yang luas ke China, termasuk ke Wuhan, lokasi tercetusnya wabak berkenaan.
” (Kajian) ini satu penghinaan!” tegas Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto.
Malah beliau mempertahankan negaranya mempunyai kelengkapan untuk mengesan COV1D-19.
” Mereka boleh terus tertanya-tanya, tetapi inilah fakta.
” Kita berharap virus ini tidak sampai ke Indonesia dan kita akan terus berdoa, tetapi kita akan berwaspada ke tahap tertinggi,” kata Terawan
Kajian oleh Universiti Harvard itu juga mencadangkan agar pihak berkuasa Indonesia segera meningkatkan usaha pemantauan bagi mengesan virus berkenaan.
Indonesia merupakan antara lokasi tumpuan pelancong China dengan sekurang-kurangnya dua juta pelancong direkodkan dari negara berkenaan saban tahun.
Jumlah jangk1tan di Indonesia berubah sekelip mata
Namun segala-galanya berubah dalam sekelip mata apabila 2273 kes dilaporkan setakat hari ini dengan jumlah kemat1an seramai 198 orang.
Sementara itu satu kajian oleh Agensi Perisikan Negeri (BIN) menyatakan amaran bahawa pandemik COV1D-19 di Indonesia akan berada pada kemuncaknya menjelang Julai ini dengan anggaran lebih 106,000 kes dicatatkan, menurut pasukan bertindak COV1D-19 Indonesia.
Ketuanya, Doni Monardo, menunjukkan kajian oleh BIN itu ketika mesyuarat bersama Dewan Perwakilan Rakyat IX.
Menurut ramalan, angka kes COV1D-19 di Indonesia akan meningkat sehingga 27,307 pada penghujung April, 95,451 penghujung Mei, 105,765 menjelang Jun dan 106,287 pada Julai nanti.
Doni berkata, kajian itu mungkin tepat memandangkan jangkaan BIN hampir tepat pada Mac lalu berikutan pengesahan kerajaan terhadap dua kes pertama negara itu pada 2 Mac lalu.
” Setakat ini, 99 peratus jangkaan BIN adalah tepat. Oleh itu, kami juga menjangkakan penularan mencapai puncak pada bulan Julai. Jawa antara yang berisiko tinggi,” katanya.
-
Semasa9 months ago
Sanggup Datang Dari Jauh, Luahan Jutawan Azlan Al-Amin Datang Bayar Denda Adik Nursahira
-
Viral9 months ago
Demi Beg Sekolah Percuma, Ibu Sanggup Redah Naik Motor Buruk Sambil Bawa Tiga Anak Kecil
-
Semasa9 months ago
Ibu Kerja Tukang Cuci Dan Tinggal di Flat Ketika Zaman Kecil, Kisah Tentang Dr Noor Hisham Mula Didedahkan
-
Semasa9 months ago
“Ketika Jururawat Sedikit Membongkok, Saya Terpandang Sesuatu”. Jemaah Tabligh Mula Buka Cerita
-
Semasa9 months ago
Tak Berguna Satu Sen Pun Kepada Umat, Lebih Kamu M4ti Dari Nyusahkan Orang – Ust Ahmad Husam
-
Semasa9 months ago
Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Tunku Azizah
-
Semasa9 months ago
Akan Dibawa Masuk Secepat Mungkin, KKM Sahkan Sudah Ada Ubat Untuk Rawatan COVlD-19
-
Semasa9 months ago
Merayu Diberi Makanan, Polis Dedah Identiti Pelancong Asing Pegang Kadbod Sebenarnya Bukan Calang-Calang