Connect with us

Semasa

“Abah, Abang KmIangan” – Tiba di Lokasi Lelaki Hampir Rebah Lihat Jasad Anak Sudah Tidak Bernyawa

Published

on

Kebiasaannya Shafizal Shaufiq Abdul Rahman, 27, akan bersarapan di kedai makan bapanya, Abdul Rahman Mat Lehan, 61, sebelum bertolak ke tempat kerja.

Hari ini, anak ketiga dari enam beradik itu yang juga juruteknik Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) tidak bersarapan sebaliknya terus menuju ke tempat kerja di Kuala Selangor.

Bagaimanapun, Allah lebih menyayanginya apabila Shafizal meninggI dnia selepas motosikal Yamaha Y15 ditunggang melanggar Toyota Hilux di Kilometer 55.5, Jalan Klang-Teluk Intan, di hadapan tapak pembinaan Hospital Tanjong Karang baru, hari ini.

Difahamkan, Shafizal sedang menunggu kelahiran anak sulung selepas isterinya, Naurah Sabihah Abdul Rahim, 27, hamil enam bulan.

Bercerita lanjut, Abdul Rahman yang mengusahakan kedai makan sejak lima tahun lalu berkata, menjadi rutin Allahyarham singgah di kedai makan miliknya untuk bersarapan sebelum pergi ke tempat kerja.

Katanya, dia mendapat berita kmIangan membabitkan Shafizal selepas dihubungi anak kelimanya ketika berada di kedai makan.

” Anak saya memberitahu, ‘Abah, abang kmIangan’. Bila ditanya mengenai keadaannya, anak cakap arwh cuma luka sedikit.

” Tidak lama selepas itu, saya hubungi anak dan bertanya keadaan arwh. Dia kata arwh akan dibawa ke hospital. Kira-kira 30 minit kemudian, saya hubungi semula dan dia (anak) cakap tengah tunggu polis.

” Waktu itu, saya syak berlaku sesuatu tidak diingini kepada arwh.

” Apabila saya desak, barulah dia beritahu yang arwh sudah meninggI dnia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Lorong 3, Kampung Sungai Kajang Lama, Tanjung Karang, hari ini.

Mengucap panjang sebaik tiba lokasi

Abdul Rahman berkata, dia kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat jnzah Allahyarham.

” Waktu tiba di lokasi, saya hanya mampu mengucap panjang dan tidak mampu menahan sebak melihat jasad anak yang sudah tidak bernyawa.

” Yang membuatkan saya bertambah pilu, isteri arwh sedang mengandung dan arwh tidak sempat melihat kelahiran anak sulungnya.

” Tiada sebarang perubahan pada arwh namun 13 Julai lalu, arwh ada menyatakan hasrat membawa keluarga bercuti di Melaka selepas menyambut Aidiladha,” katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga reda dengan kejadian terbabit tetapi pasti merindui kebaikan dan keperibadian anak lelakinya itu sewaktu hayatnya.

” Arwh anak yang baik. Dia tidak pernah duduk diam dan rajin membantu saya dan keluarga.

” Rakan-rakannya sejak dari bangku sekolah memberi gelaran pada arwh ‘Mat Senyum’ kerana dia selalu tersenyum selain mudah berkawan.

” Kehilangannya amat dirasai dan sebagai ayah, saya reda dengan ketentuan Ilahi dan berdoa agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya.

Jnzah Shafizal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Tanjong Karang kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, kmIangan berlaku apabila motosikal mngsa dari arah bertentangan melanggar bahagian pintu kiri hadapan Toyota Hilux.

Beliau berkata, kmIangan itu mengakibatkan mngsa meninggI dnia di lokasi kejadian.

Menurutnya, pemandu Toyota Hilux berusia 35 tahun tidak mengalami kecederaan.

” Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.