Connect with us

Semasa

Abang Panggil Masuk, Tiba-Tiba Adiknya Terus Kejar Sambil Cakap “Kalau Dapat Hang, Aku Tik4m Nanti”

Published

on

Akibat ber4ng kerana tidak diberi wang untuk membeli dad4h, seorang lelaki bertindak mengejar abangnya dengan pisau sambil mengugut untuk menikamnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, suspek berusia 24 tahun kemudian ditahan di hadapan rumah di Desa Keda, Mukim Naga Lilit di Padang Serai, Kulim pada 10 pagi, hari ini.

Azhar berkata, penganggur itu ditahan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Padang Serai selepas menerima maklumat daripada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

” Anggota turut merampas sebilah pisau di tepi dinding rumah dipercayai digunakan suspek untuk ugutan jnayah itu.

” Terdahulu, ketika kejadian, suspek yang juga penagih dad4h tegar dikatakan memegang pisau dan bercakap sendiri sebelum abangnya memanggil mengajak dia masuk ke dalam rumah.

” Bagaimanapun, suspek bertindak mengejar mngsa sambil berkata ‘kalau dapat hang, aku t1kam nanti’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azhar berkata, siasatan mendapati suspek tiada rekod jnayah lampau dan gemar meng4muk apabila tiada duit untuk membeli dad4h.

Katanya, ahli keluarganya tidak tahan dengan sikap suspek dan laporan dibuat kerana bimbang berlaku kejadian lebih buruk.

” Untuk itu suspek ditahan reman untuk siasatan mengikut Sksyen 506 Knun Kesksaan.

” Orang ramai yang mempunyai ahli keluarga yang terbabit ketagihan dad4h dinasihat supaya mendapatkan bantuan bagi memulihkan mereka sekali gus mengelak kejadian lebih serius,” katanya.

Kejadian hampir serupa berlaku pada Mei lalu

Sementara itu dalam kes hampir serupa pernah berlaku pada Mei lalu di Kepala Batas.

Seorang penagih dad4h telah ditahan selepas mengugut abang dan beberapa ahli keluarganya menggunakan sebilah pisau selepas tidak memberi wang yang diminta.

Suspek yang berusia 26 tahun itu ditahan di hadapan sebuah rumah di Penaga di sini, pada 16 Mei lalu kira-kira jam 9.15 malam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, suspek dikatakan pergi ke rumah abangnya (angsa) di Padang Temusu, Penaga untuk meminta wang.

Menurutnya, suspek dalam keadaan meng4muk meminta wang daripada ibunya dipercayai untuk membeli dad4h.

” Abangnya menegur tindakan suspek menyebabkan lelaki itu berang lalu mengambil pisau pemotong daging di sebatang pokok di luar rumah dan terus mengacu ke arah abangnya.

” Suspek turut mengugut untuk mencederakan mngsa bersama ibu dan seorang lagi adik lelakinya jika tidak memberikannya wang.

” Mngsa cuba memujuk tetapi dia terus beredar selepas memecahkan pintu rumah mngsa,” katanya.

Mngsa akhirnya membuat laporan polis setelah bimbang dengan keselamatannya dan ahli keluarga kerana kejadian seperti itu sudah enam kali berlaku.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.