Connect with us

Semasa

Ditahan Dalam Sekatan, Individu SeIamba Beri Alasan Mahu Pergi Siram Pokok di Pejabat

Published

on

Bunyi macam merepek namun itu yang berlaku apabila terdapat segelintir individu yang tidak mendengar arahan PKP dengan keluar rumah memberi alasan kebudak-budakan ketika disoal pihak polis.

Antara alasan tidak munasabah tersebut adalah mahu siram pokok di pejabat, hantar kek, beli surat khabar dan mahu ke kedai untuk bungkus makanan tengah hari.

Perkara tersebut diceritakan pihak polis ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sekitar Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata ia sedikit sebanyak menunjukkan segelintir individu masih tidak menyedari tahap bah4ya penularan COVlD-l9.

” Tiada laporan anggota IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Petaling Jaya dimaki dan dicerca.

” Namun pelbagai alasan tidak menusabah diberikan termasuk mahu siram pokok di pejabat ketika tempoh PKP.

” Malah, ada yang tinggal di Shah Alam memaklumkan mahu beli barangan dapur ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Damansara.

” Ia membuatkan kita terfikir bahawa sebilangan kecil masyarakat masih belum sedar tahap bah4ya wab4k COVlD-l9,” katanya pada BH, hari ini.

110 orang ditahan

Terdahulu polis menahan 110 individu atas pelbagai kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tujuh hari pelaksanaan, bermula 18 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kebanyakan yang ditahan membabitkan kesaIahan ingkar arahan dan mencabar tugas anggota ketika sekatan jalan raya.

Beliau berkata, peranan dan tanggungjawab polis amat jelas disebut dan digariskan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyak1t Berjangk1t 1988 dalam pelaksanaan PKP.

” Pada peringkat awal polis mengambil pendekatan merayu, menjelaskan dan menasihati orang ramai supaya mematuhi PKP.

” Namun, polis tegas dalam menguatkuasakan undang-undang dengan menahan individu yang ingkar.

” Seramai 110 individu ditahan kerana ingkar malah ada yang bersikap b1adap, menc4bar, memak1 hamvn dan mengkasari anggota disebabkan tidak mahu beredar,” katanya dalam satu temubual khas sempena Hari Polis Ke-213 di Selamat Pagi Malaysia (SPM), hari ini.

Beliau memberi am4ran kepada orang ramai supaya mematuhi PKP dan pihaknya tidak akan teragak-agak menahan individu yang melanggar perintah berkenaan.

Ramai tidak ambil kisah

Dalam pada itu kerajaan juga memandang serius tahap kesedaran penjarakan sosial yang disifatkan masih gagal dicapai oleh rakyat yang perlu berada di luar rumah.

Ini kerana rata-rata mereka yang keluar ke pasar awam atau pasar raya untuk mendapatkan barangan harian masih lagi berpusu-pusu tanpa menghiraukan peraturan penjarakan sosial yang ditetapkan iaitu satu meter antara satu dengan lain.

Justeru tumpuan pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini ialah memastikan penjarakan sosial ini dipatuhi dengan memastikan pasar awam dan pasar raya ini mengehadkan jumlah pembeli dalam satu-satu masa dan membuat garisan jarak sejauh satu meter untuk pelanggan membuat bayaran.

Orang ramai juga dinasihatkan terus berada di rumah dengan mengamalkan kebersihan seperti membasuh tangan dan mematuhi penjarakan sosial jika perlu berada di luar.

Kredit

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.