Connect with us

Semasa

Anak-Anak Saya Terpaksa Kutip Siput-Siput di Pantai Untuk Lauk Sekeluarga – Mokhtar Senik

Published

on

Saya mula terlibat dgn usrah PAS sejak awal 80an. Tidak sedikit kesakitan yang dirasai. Diusir, dihalau, difitnah, disingkir, dicantas, diinjak, disisih, disalah tanggap oleh teman-teman sejamaah dan macam-macam lagi.

Namun saya tak pernah terfikir untuk salahkan PAS, jauh sekali keluar dari PAS. Yang buat kat saya begitu ialah org PAS bukannya PAS. Org PAS juga manusia, yang punya kelemahan dan kekhilafan.

Saya bukan tak pernah menangis. Namun tak pernah sekelumit pun saya terfikir untuk berdendam dgn PAS. Bahkan demi kebaikan PAS, saya sokong teman-teman tadi untuk naik membantu PAS.

Sewaktu saya dlm tahanan selama 3 tahun setengah. Tidak banyak bantuan yang PAS berikan kpd keluarga saya.

Sehingga adakalanya anak-anak saya terpaksa mengutip siput-siput dipantai untuk lauk sekeluarga.

Bahkan JIM lebih kedepan membantu isteri dan anak-anak saya.

Namun saya tak pernah salahkan PAS. Sebab saya kenal PAS sebuah parti yang juga tidak punya apa-apa selain semangat dan keikhlasan ahli-ahlinya.

Kembali dari tahanan saya tak masuk JIM. Bahkan saya tetap PAS dan bersama dgn PAS.

Selagi PAS ini jamaah yang berkiblat kepada Allah dan Rasul maka selagi itulah hidup dan mati saya bersama PAS. PAS jadi kuat dan baik bukan kerana saya.

Bahkan saya yang mendapat kebaikan dari PAS. PAS akan tetap hidup walaupun saya tiada. Tapi saya tidak akan hidup tanpa ruh perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Sbb itu saban waktu saya doakan kesejahteraan PAS. Agar Allah lindungi PAS ini dari kejahatan musuh dan pengkhianatan teman-teman.

Bagi saya kalau nak berjuang maka berjuanglah dgn sungguh-sungguh dan ikhlas. Jangan kerana jawatan. Jgn kerana pangkat. Jgn kerana kepentingan itu dan ini. Luruskan kiblat perjuangan. Yang lain itu adalah kurniaan.

Jika Allah beri kita akan dapat walau selaut manusia menyekatnya. Jika Allah tak nak beri pasti tidak akan dapat walau sudah berada dihadapan mata.

Kalau mahu tenang dlm perjuangan jgn berjalan secara zig zag. Kaki kelain tapi mata kearah lain. Fokus tanggungjawab kita bukan fikirkan urusan Allah.

Saya sampaikan pesanan ini sebenarnya buat menenguhkan tumit saya juga sebagai nasihat kepada abna’ul harakah. Kita baru berada dipermulaan kemenangan.

Lalu jgn leka sgt. Jgn ghairah sgt. Jgn mula menyiku kawan dan merangkul lawan. Jgn ubah apa-apa yang pernah kita pelajari dari tarbiyah PAS. Jgn berubah sikap apatah lagi niat dan qasad.

Ingat Allah sedang melihat…apa pun yang kita rasai dlm jamaah ini jgn sampai kita tinggalkan perjuangan.

Pesan ku untuk anak2 dan adik2 yang aku kasihi.

UMS
Jakarta. Indonesia.
12. Julai.2020

Mokhtar Senik – AJK PAS Pusat

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.