Connect with us

Semasa

Situasi Terkini di Wuhan, Seorang Ibu Menangis Lihat Anak Berlari Mendapatkan Ayahnya

Published

on

Imbas kembali, kes pertama individu dijangk1ti COVlD-l9 telah direkodkan pada 17 November 2019 di sebuah daerah di Wuhan, berdasarkan laporan media di China di mana data tersebut tidak dihebohkan oleh pemerintah China.

Siapa sangka w4bak tersebut kini sudah menyerang hampir seluruh dunia dan Malaysia kini mencatatkan 26 kemat1an setakat ini.

COVlD-l9 telah membunvh lebih 24,000 orang di seluruh dunia setakat hari ini dan kemat1an di negara-negara Eropah makin membimbangkan terutama di Italy, Sepanyol, Jerman, Perancis, Switzerland dan UK.

China mula longgar sekatan

Bagaimanapun kes jangk1tan baru w4bak COVlD-l9 dilaporkan semakin menurun di China.

Malah, beberapa hspital yang dahulunya penuh dengan pesak1t COVlD-l9 sudah ditutup selepas kebanyakan pesak1t sembuh sepenuhnya.

Sementara itu pusat tercetusnya pandemik COVlD-l9, bandar Wuhan yang memiliki 11 juta penduduk kini mula melonggarkan sekatan selepas lebih dua bulan menjalani perintah berkurung.

Wuhan melaksanakan sekatan pergerakan keluar masuk sejak Januari lalu dengan penduduk dilarang meninggalkan bandar itu serta menghadapi pelbagai sekatan dalam rutin harian mereka secara drastik.

Namun, hab perindustrian dan pengangkutan itu kini menunjukkan tanda mengakhiri perintah berkurung itu dengan memudahkan pergerakan orang ramai.

Orang ramai kini dibenarkan memasuki tetapi tidak boleh meninggalkan bandar itu dan banyak kereta api yang tiba pada hari ini ditempah sehari lebih awal.

Media tempatan melaporkan, perjalanan penumpang kereta api pertama tiba di bandar itu selepas tengah malam tadi.

Anak perempuan akhirnya jumpa bapanya selepas hampir 3 bulan

Seorang wanita berusia 36 tahun yang tiba semalam berkata, dia dan anak perempuannya sudah 10 minggu berjauhan dengan suaminya di Wuhan.

” Ketika kereta api menghampiri Wuhan, kami berdua sangat teruja. Rasanya macam kereta api ini bergerak lebih cepat dari sebelum ini.

” Saya menangis melihat anak perempuan saya berlari mendapatkan bapanya selepas sekian lama tak bertemu,” katanya kepada AFP.

Tinjauan mendapati, kakitangan di stesen Wuhan memakai lengkap peralatan perlindungan diri. China kini dilaporkan sedang berjuang mengawal gelombang kes import susulan kes jangk1tan mendadak dari luar negara.

Semua ketibaan di Wuhan perlu menunjukkan kod hijau pada aplikasi mudah alih untuk membuktikan mereka benar-benar sihat.

Di tempat lain di China, setiap pengembara beratur panjang di stesen kereta api untuk menaiki perkhidmatan berkelajuan tinggi kembali ke Wuhan.

Sekatan ke atas penduduk yang keluar dari Wuhan tidak akan ditarik balik sehingga 8 April, namun lapangan terbang dibuka semula untuk penerbangan domestik.

Dalam artikel berkaitan, difahamkan rakyat mereka kini sudah tidak sabar untuk kembali melancong ke luar negara. Mengikut perkiraan, seawal bulan April ini pelancong China akan kembali melancong seperti biasa.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pengendali pelancongan luar di China yang memaklumkan dua wilayah iaitu Zhejiang dan Jiangsu sudah membenarkan rakyat melancong semula.

Bermaksud, larangan untuk keluar melancong sudah dihapuskan selepas keadaan di sana pulih dari w4bak tersebut.

Agensi pelancongan di China menganggarkan seawal bulan April ini, rakyat mereka akan mengambil penerbangan domestik sebelum melancong ke luar negara.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.