Connect with us

Semasa

Anak Tiri Dilepas Tanpa Dibebaskan Tapi Perlu Serah Jutaan Ringgit Kepada Kerajaan, Sekali Najib Bagi Respon

Published

on

Keputusan melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas perdana menteri dibuat selepas perjanjian dengan pihak pendakwaan.

Pada Khamis, Mahkamah Sesyen di ibu negara membuat ketetapan itu terhadap anak tiri bekas Datuk Seri Najib Razak, berhubung lima pertuduhan membabitkan dirinya dalam pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah perkara itu tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.

Kerajaan akan terima jutaan ringgit

” Satu persetujuan dicapai antara pihak pendakwaan dan tertuduh yang mana terma-termanya adalah kerajaan persekutuan akan terima sejumlah wang yang banyak mencecah beberapa juta ringgit, ” katanya membaca kenyataan yang disediakan di mahkamah hari ini.

Dengan persetujuan itu juga, Sri Ram berkata, pertuduhan terhadap Riza tidak akan diteruskan buat masa ini sementara menunggu perjanjian selesai.

” Pihak pendakwaan dengan persetujuan tertuduh memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk melepaskan tanpa membebaskan tertuduh, ” katanya.

Azman juga mengarahkan wang sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin dipulangkan kepada semua penjamin yang hadir di mahkamah hari ini.

Sebelum ini, Riza yang juga pemilik syarikat Red Granite Pictures didakwa melakukan kesalahan itu berhubung wang yang diterimanya antara 2011 dan 2012 daripada Good Star Ltd yang dikaitkan dengan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho dan dana 1MDB.

Penerbit filem ‘Wolf of The Wall Street’ itu dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, Riza Aziz, didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil aktiviti haram berjumlah masing-masing AS$1,173,104 juta dan AS$9 juta melalui transaksi pemindahan wang daripada akaun nombor 11116073 milik Good Star Limited di RBS Coutts, Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), bernombor 123284291 milik Red Granite Production Inc.

Wang berkenaan didakwa hasil daripada penyelewengan ke atas dana 1MDB.

Dia juga dituduh melakukan kesalahan itu di City National City Bank, Los Angeles Main, 525 South Flower Street, Los Angeles, California, AS, masing-masing antara 12 April dan 12 Mei 2011 serta 10 September dan 10 Oktober 2012.

Bagi pertuduhan ketiga hingga kelima, Riza Aziz didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima hasil aktiviti haram berjumlah masing-masing AS$133 juta, AS$60 juta dan AS$45 juta daripada akaun bernombor 81134378 milik Aabar Investment PJS Limited di BSI SA, Lugano ke akaun BSI Bank Ltd Singapura bernombor 6C02250A milik Red Granite Capital Limited.

Riza dituduh melakukan kesalahan itu di BSI Bank Ltd, 7 Temasek Boulevard, #32-01 Suntec Tower One, Singapura, masing-masing pada 18 Jun, 23 Oktober dan 14 November 2012.

Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Ahmad Akram Gharib manakala pasukan pembelaan membabitkan Datuk Hariharan Tara Singh, Datuk K Kumaraendran, Datuk Geethan Ram, Mohd Shukri Ahmad Mansor, Azrul Zulkifli Stork dan Syazwani Zawawi

‘Posting’ Najib di Facebook

Sementara itu, Najib Razak yang juga bapa tiri kepada Riza telah memuatnaik satu hantaran di Facebook susulan kepada keputusan yang telah dibuat mhkamah tersebut.

Gambar – penjelasan Najib berhubung isu yang melibatkan anak tirinya sebaik keputusan melepas tanpa membebaskan anak tirinya yang dikaitkan dengan kes 1MDB.

” Ada hikmat juga dari pendedahan rakaman rakaman audio Latheefa Koya.

” Pagi ini, pendakwa raya Gopal Sri Ram lantikan Tommy Thomas mengumumkan bahawa mereka bersetuju menggugurkan segala caj-caj jenayah terhadap anak tiri saya Riza Aziz dengan cara perjanjian penyelesaian.” kata Najib

 

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.