Semasa
‘Rocker Atau Beruk? Kalau Betul Dia Rocker, Dia Tidak Begitu’ – Setepek Awie Sound


Beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai isu vokalis band terkenal yang didakwa meIudah di atas pentas ketika persembahan sekaligus mengundang kecaman netizen.
Menerusi AstroGempak, vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie menegaskan penyanyi band rock Malaysia seharusnya memiliki adab yang tinggi serta tidak bersiakap baidab ketika melakukan persembahan.
” Berkenaan isu rockers yang bertindak tidak sopan di atas pentas itu bukan lesen untuk dia carut dan berkelakuan aneh ketika buat persembahan.
” Rock ini ada kategori-katergorinya, rock punk, rock death metal dan sebagainya.
” Yang berkelakuan aneh itu, rocker atau beruk? Kalau betul dia rocker, dia tidak begitu.
” Band di Malaysia ni kebanyakkannya Melayu dan kita ada adab, adab kita sangat tinggi. Rock memang ada attitude g#mpang tapi jangan ambil yang g#mpang,” katanya.
Penyanyi berusia 53 tahun itu turut menitipkan nasihat kepada penyanyi band rock di Malaysia supaya tidak terbawa-bawa masalah peribadi ke atas pentas dan sentiasa ingat akan ibu bapa sebelum melakukan sesuatu yang buruk.
Jangan mulakan sesuatu yang b#doh
” Saya seru kepada semua penyanyi band walaupun rock macam mana sekali pun jaga adab, kesian mak ayah kita yang ajar kita mengaji dan adab, kira hancurkan, kesian ibu bapa.
” Jangan mulakan sesuatu yang b#doh, carilah sesuatu dari sudut yang positif, dalam seni muzik macam-macam boleh dibuat.
” Saya dah 37 tahun nyanyi, rebel itu hanya diluar pentas, jangan bawa atas pentas, nanti satu dunia tahu.
” Kalau nak rebel boleh, tetapi melalui penulisan lirik, berkaryalah, luahkan dalam lirik bukannya dengan attitude buruk di atas pentas.
” Selagi beriman Insyallah kita boleh kawal perkara itu,” tambahnya.
Terdahulu, rakaman video tular yang memaparkan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh meIudah ketika membuat persembahan di sebuah festival muzik baru-baru ini adalah sesuatu yang bukan disengajakan.
Prkara itu disahkan pengurus kumpulan Hujan, Ahmad Ariffin Ahmad yang memaklumkan Noh sebenarnya terkena renjatan elektrik daripada mikrofon yang menyentuh wajah yang dipenuhi peluh hingga mulutnya kebas.
” Ins1den yang berlaku berpunca daripada masalah teknikal. Sepatutnya Noh tampil dengan gitar, tapi terpaksa menyanyi tanpa memetik gitar pada acara itu.
” Malah mikrofon yang dipegang juga mengalami masalah. Ketika Noh meletakkan mikrofon berhampiran mulutnya, dia terkena sedikit renjatan elektrik.
” Disebabkan mulutnya kebas serta tidak banyak masa dia secara spontan meIudah di atas pentas bagi mengalih rasa sakit.
” Ingin saya tegaskan dakwaan Noh meIudah ke arah penonton tidak benar.
” Jarak antara pentas dan penonton juga dipisahkan dengan besi penghadang, jadi tidak mungkin (Iudah) terkena penonton,” katanya.
Menurut Ahmad Ariffin atau lebih dikenali Ipin berkata, sekiranya air liur terbabit terkena pada penonton pihaknya memohon maaf.
” Kalau tengok pada rakaman video itu Noh tunduk ketika meIudah. Kalau dia Iudah ke atas mungkin akan terkena penonton.
” Namun kalau video yang tular menyinggung perasan orang atau penonton terkena tempias Iudah Noh, kami mohon maaf kerana perkara itu tidak disengajakan,” katanya.
Sumber:rotikaya dan hmetr0
-
Semasa3 years ago
Sanggup Datang Dari Jauh, Luahan Jutawan Azlan Al-Amin Datang Bayar Denda Adik Nursahira
-
Semasa3 years ago
Tak Berguna Satu Sen Pun Kepada Umat, Lebih Kamu M4ti Dari Nyusahkan Orang – Ust Ahmad Husam
-
Semasa3 years ago
Ibu Kerja Tukang Cuci Dan Tinggal di Flat Ketika Zaman Kecil, Kisah Tentang Dr Noor Hisham Mula Didedahkan
-
Semasa3 years ago
Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Tunku Azizah
-
Semasa3 years ago
Akan Dibawa Masuk Secepat Mungkin, KKM Sahkan Sudah Ada Ubat Untuk Rawatan COVlD-19
-
Viral3 years ago
Demi Beg Sekolah Percuma, Ibu Sanggup Redah Naik Motor Buruk Sambil Bawa Tiga Anak Kecil
-
Semasa3 years ago
“Ketika Jururawat Sedikit Membongkok, Saya Terpandang Sesuatu”. Jemaah Tabligh Mula Buka Cerita
-
Semasa3 years ago
Mahu Lawan COVlD-l9, Bekas Jururawat Kembali Dari Pencen Untuk Curahkan Bakti