Connect with us

Viral

Murid Darjah Lima Seminggu Tak Pergi Sekolah, Bila Cikgu Ini Datang ke Rumah Terbongkar Cerita Sebenar

Published

on

” Rasa sukarnya nak besarkan dan sekolahkan anak-anak. Namun siapa sangka ada beribu insan lebih daif diluar sana yang begitu sukar keadaannya dari kita,”

Demikian komen seorang warganet sebaik membaca kisah ‘Se’bucket’ KFC Yang Menceriakan 12 Wajah’ yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh.’

Kisah ini sebenarnya pernah tular sekitar 2017, dikongsikan semula oleh penulis Malaysia United untuk membuka mata masyarakat betapa di luar sana masih ramai yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Berikut perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh:

” Baru pulang dari rumah Abang L. Bertanya khabar tentang hidup mereka. Apa sudah beli buku-buku dan keperluan sekolah anak-anak.

” Katanya belum lagi. Belum gaji. Gajinya 5hb nanti. Oh, Abang L punya anak 10 orang. Kerjanya hanya jaga sahaja. Isterinya surirumah sepenuh masa.

” Sebaik pintu rumah dibuka, hanya 3 tilam usang terbentang. Tiada kerusi. Tiada sofa. Disitulah tempat anak-anaknya tidur, berehat dan bermain.

” Bilik ada 3. Satunya rosak teruk, satu Abang L dan isterinya, dan satu lagi tempat simpan kain baju dan segala barangan anak-anak.

” Dulu aku pernah bertanya pada anaknya, setiap hari awak makan nasi lauk apa? Jawab anaknya, pada hari gaji sahaja dapat merasa makan ayam atau ikan. 29 hari seterusnya, hanya makan nasi lauk telur dengan kicap sahaja.

” Merintih tidak pernah. Mengeluh jauh sekali. Mengemis bukan sikap mereka. Meminta-minta pun tidak juga. Orangnya sentiasa menguntum senyuman. Menerima tetamu seadanya.

” Tahun lepas, si abang yang darjah 5 tidak pergi ke sekolah seminggu di minggu pertama. Punca?

Punca tiada kasut hendak dipakai. Kasut lama tidak muat. Lagi pun sudah koyak rabak. Gaji ayah habis buat bayar sewa rumah, dan segala bil. Hanya menunggu gaji abang long masuk untuk beli kasut baru.

” Tahun ini, semua persiapan seragam sekolah dari kepala sampak ke kaki aku dah belikan untuk mereka. Beli guna duit kita. Duit kiriman sahabat semua.

” Aku pasti dihari pertama persekolahan kesemua anak-anak Abang L akan hadir berpakaian serba baru. Seperti murid lain, seperti kawan-kawan mereka yang lain.

” Malam ini aku datang berziarah untuk memberi sedikit kiriman zakat dan sedekah. Kiriman sahabat yang tidak pernah penat menyokongku. Dapatlah Abang L beli buku dan persiapan lain pula seperti baju sukan dan bayar yuran.

” Aku datang malam ini membawa se’bucket’ ayam KFC 15 ketul. Se’bucket’ KFC yang berharga RM74 ini memberi senyuman manis buat mereka. Raut wajah kegembiraan itu tidak mampu disorok lagi.

” Entah bila kali terakhir mereka makan ayam KFC aku pun tak pasti.

” Terus tabah wahai Abang L dan keluarga. Suatu hari nanti pasti ada sinar yang lebih baik untuk kalian yang tidak pernah putus usaha.

” Doakan aku. Doakan sahabat-sahabat aku yag murah hati. Mungkin doa Abang L dan keluarga lebih dekat dengan Illahi.

MFS – Aku, mereka dan se’bucket’ KFC.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : FB Mohd Fadli Salleh

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.