Connect with us

Semasa

Dari Besut ke Alor Star, Jutawan Hartanah Tidak Putus Asa Meski Permohonan Bantu Nursahira Ditolak

Published

on

” Dari Besut, Terengganu ke Mahkamah Tinggi Alor Star, Kedah bagi tujuan proses permohonan ikat jamin dan bayaran denda serta rayuan kes remaja perempuan dipnjara kerana mengeluarkan kenyataan h1na Polis”

Demikian status awal ditulis pemilik facebook yang juga ahli perniagaan bernama Muhammad Azlan Al-Amin yang dikatakan sanggup datang dari jauh semata mata untuk membayar denda RM10,000 bagi membebaskan adik Nursahira dan tular sejak hari ini.

Bukan sahaja kerana ia kes melibatkan Nursahira Mohd Mizuar, 20, yang dijatuhi hkuman pnjara tiga bulan dan denda akibat komen jeIik terhadap pihak berkuasa, tetapi juga kerana tertarik dengan sifat dermawan insan bernama Muhammad Azlan ini.

” Bukan saya merestui kesalahan yg dilakukan remaja terbabit, bahkan sy tentang sekerasnya tindakan remaja terbabit mengh1na penjawat awam.

” Cuma sy berharap remaja tersebut diberi peluang melalui proses rayuan ini untuk beliau memperbaiki kesilapan seterusnya membina kehidupan yg lebih baik pada masa depan

” Sebelumnya saya tak kenal pun siapa remaja ini sehinggalah kes beliau jadi viral, saya baca dan saya menangis simpati.

” Saya mahu bantu kerana Allah.

” Hari yang sama beliau dijatuhkan hukvman pnjara serta gagal bayar denda,saya terus arahkan Peguam kami yang hebat Dato Naran Singh untuk fail rayuan.

” Kini,proses itu telah bermula. Doakan saya…Aku wira masyarakat yang tak perlu didendang, cuma mengharapkan keredhaan tuhan” tulis Azlan.

Permohonan ditolak

Sementara, sebentar tadi baru sahaja selesai perbicaraan kes Nursahira yang dijatuhi hkuman dipnjara gara gara mengh1na polis.

Susulan itu Muhammad Azlan Al Amin sekali lagi memuatnaik hantaran di facebook menceritakan keputusan terkini dan langkah seterusnya akan diambil.

” Makhkamah Syesyen menolak permohonan kami untuk penggantungan hukvman sementara menunggu proses rayuan. Peguam kami akan segera membuat permohonan rayuan di mahkamah tinggi dalam tempoh terdekat ini.

” Dalam gambar di bawah, kelihatan ayah kepada tertuduh yang tidak dapat menahan sebak di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Alor Star.

” Aku juga seperti kalian simpati, bahkan hatiku turut menangis walaupun antara kita tak pernah kenal.

” Tapi harus kita ingat,perjuangan belum berakhir…..Bahkan baru bermula…

” Jangan bersedih, kita masih ada peluang! Dan saya akan terus berjuang bersama kalian demi masa depan anak anak bangsa yang inginkan kehidupan lebih baik setelah kesilapan semalam.” tulis Azlan

Polis ajak bergambar masa nak balik Terengganu

Muhammad Azlan kemudian berkongsi bagaimana dia mendapat layanan tidak dijangka selepas kisahnya datang ke Kedah kerana mahu membantu membebaskan adik Nursahira tular di media sosial.

Menurutnya hampir setiap kali melalui sekatan jalan dari Kedah ke Terengganu, mereka menyapa beliau dengan salam mesra dan bertanya khabar penuh pekerti.

” Betapa mulia dan mesranya budi pekerti Pasukan Keselamatan Negara kita yang Tercinta.

” Ramai yang minta bergambar dan saya hargai serta berbesar hati dapat mengucapkan doa selamat sebagai balasan sepanjang mereka bertugas.

” Begitu juga dengan tentera,mereka yang mengenali kami dari media menyapa kami penuh budi bahasa. Mereka punya pekerti tinggi di sebalik jiwa yang gagah perkasa!

” Anda semua sangat hebat dan Negara serta rakyat Malaysia Sentiasa mendoakan anda! In sya Allah.

” Kebetulan saya bawa buku dalam kereta,lalu saya hadiahkan sebagai cenderahati buat mereka. Selamat bertugas perwira negara” tulis Azlan.

Kisah Azlan pernah curi tumpuan masyarakat

Berusia 32 tahun, Muhammad Azlan pernah bekerja sebagai pengutip sampah di sebuah syarikat kontraktor pembersihan selama enam bulan di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, Pasir Putih, Kelantan pada tahun 2005, lapor The Star.

Antara pengalaman pahit yang pernah di alami oleh Muhammad Azlan adalah membawa pulang sisa makanan yang telah dibuang orang untuk diberi kepada keluarganya.

” Keluarga kami pernah dibanci sebagai yang paling miskin di Kampung Tok Raja, Besut.” Katanya.

Beliau turut menceritakan bahawa ibunya pernah menangis apabila menjumpai ulat sampah di dalam kocek bajunya. Pengalaman-pengalaman ini adalah antara pencetus kepada perubahan hidup beliau.

Maka pada tahun 2010, selepas usahanya dalam bidang pertanian menemui jalan buntu, berbekalkan RM1.30 Muhammad Azlan tekad untuk berhijrah keluar dari Besut dan menuju ke Jertih.

Di sana, beliau bernasib baik apabila ditemukan dengan seorang individu yang ikhlas mahu membantu Muhammad Azlan keluar dari kemiskinan hidup dan mengubah nasib keluarganya.

Individu tersebut telah menawarkan kerja kepada beliau sebagai ejen hartanah dan daripada situlah bermulanya titik perubahan dalam hidupnya sehinggalah tertubuh Syarikat Azlan A-Amin Properties Sdn Bhd dan akhirnya bergelar jutawan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.