Semasa
Bakal Tamatkan Zaman Janda Dengan Jejaka Mat Salih, Sharifah Sakinah Kongsi Tarikh Bila Dia Akan Kahwin


” Tarikh itu dipilih kerana merupakan tarikh lahir saya dan Michael. Kami berkongsi tarikh lahir yang sama.
Itu pengakuan pelakon, Sharifah Sakinah akan menamatkan zaman janda apabila bakal berkahwin dengan jejaka kelahiran Sweden, Michael Hansen pada 25 Mei tahun hadapan.
Menurut Sakinah atau nama lengkapnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, tarikh tersebut dipilih kerana sangat istimewa buat dirinya dan Michael.
” Seperti yang dijanjikan, kalau betul ada benda yang baik, saya akan umumkan. Tapi kita tak tahu lagi sama majlis akan diadakan di Kuala Lumpur atau di Sweden.
” Masih 50-50 sebab dalam perbincangan dengan Covid-19 yang masih belum reda,” katanya dalam satu temu bual program televisyen.
Kata pelakon drama KL Gengster Underworld 2 itu, dia tidak akan berpindah ke Sweden kerana masih ingin berlakon di negara ini.
” Apa pun, saya takkan berpindah ke sana sebab minat saya ialah berlakon dan saya ingin bekerja di sini.
” Ia (hubungan) akan jadi macam hubungan jarak jauh. Saya akan pergi sana untuk bercuti dan begitu juga dia (Michael),” ujarnya.
Sakinah ketika dihubungi Kosmo! Online tidak menafikan perkara tersebut namun buat masa sekarang, apa yang dikongsikan dalam temu bual tersebut, itulah perancangannya.
” Maaf, saya sedang sibuk sedikit buat masa sekarang. Saya cuma harapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai,” ujarnya ringkas.
Terdahulu, Sakinah berc3rai dengan Afif Adha pada Mei lalu selepas mendirikan rumah tangga selama dua tahun dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
Mula berkenalan Mei lalu
Sakinah yang bercer4i dengan bekas suami pada Mei lalu mengakui mula mengenali lelaki terbabit selepas tempoh edahnya tamat.
” Saya gembira dengan keadaan sekarang dan bersifat telus bercakap mengenainya.
” Ya, saya sudah bertemu pengganti. Kami memang sekepala dan dia seorang jejaka yang baik.” kata Sakinah.
Sementara itu, kakak Sakinah, Sharifah Shahira turut ditanya mengenai hubungan adiknya dengan jejaka Eropah tersebut. Malah Sharifah Shahira juga terkejut bila ada gosip mengatakan Sakinah sudah berkahwin dengan Michael.
Lebih mesra dipanggil Shiera, dia berkata, semua anggota keluarga lain tidak pernah tahu Sakinah sudah menamatkan zaman janda.
” Ya ke? Sumpah saya tak tahu dia dah berkahwin ke dah bertunang ke,” katanya merujuk kepada komen balas Sakinah yang menyertakan emoji cincin kepada netizen.
Tambah Shiera lagi, jika benar adiknya itu sudah berkahwin atau bertunang, pasti seluruh ahli keluarga akan dimaklumkan.
” Apapun kami tidak menghalang sekiranya dia bertemu jodoh. Itu kehidupan dia, cuma kami minta doakan yang baik-baik buat dia.
” Sakinah adik saya, darah daging saya. Saya sayangkan dia. Sakinah ni jenis yang suka mengusik, happy go lucky.” kata Shiera.
-
Semasa9 months ago
Sanggup Datang Dari Jauh, Luahan Jutawan Azlan Al-Amin Datang Bayar Denda Adik Nursahira
-
Viral9 months ago
Demi Beg Sekolah Percuma, Ibu Sanggup Redah Naik Motor Buruk Sambil Bawa Tiga Anak Kecil
-
Semasa9 months ago
Ibu Kerja Tukang Cuci Dan Tinggal di Flat Ketika Zaman Kecil, Kisah Tentang Dr Noor Hisham Mula Didedahkan
-
Semasa9 months ago
“Ketika Jururawat Sedikit Membongkok, Saya Terpandang Sesuatu”. Jemaah Tabligh Mula Buka Cerita
-
Semasa9 months ago
Tak Berguna Satu Sen Pun Kepada Umat, Lebih Kamu M4ti Dari Nyusahkan Orang – Ust Ahmad Husam
-
Semasa9 months ago
Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Tunku Azizah
-
Semasa9 months ago
Akan Dibawa Masuk Secepat Mungkin, KKM Sahkan Sudah Ada Ubat Untuk Rawatan COVlD-19
-
Semasa9 months ago
Merayu Diberi Makanan, Polis Dedah Identiti Pelancong Asing Pegang Kadbod Sebenarnya Bukan Calang-Calang