Semasa
Tak Mampu Bayar Van Jnazah, Bapa Nekad Bawa Pulang Jasad Anak Naik Kereta Kancil Saja


Sebuah perkongsian Abam Botak di Facebook mengenai pengalaman beliau ketika pergi membawa pulang jnazah seorang kanak-kanak yang membuat ramai menitis air mata.
Umum mengetahui Abam Botak atau nama sebenar beliau Yunizam Yusop adalah seorang insan berhati mulia melakukan kerja kebajikan dan perkhidmatan van jnazah percuma tanpa mengira agama di sekitar Sabah.
Lompatan Terakhir
Semalam ketika maghrib hendak balik ke rumah saya menerima panggilan telepon daripada pegawai forensik Hospital Sandakan. Katanya ada waris hendak bawa may4t balik ke rumahnya menggunakan kereta kancil. Boleh tolong mereka ka?
Aku cakap mahu hantar ke mana? Jawabnya ke Peringkat 1 Sungai manila.
Okay boleh. kebetulan kami juga hendak ke sana. Ada waris minta tolong hantar jnazah ke Tongod juga. Jadi kita bantu dululah mereka sebelum ke Tongod.
Sampai di Forensik, kami terus turunkan keranda dan waris masuk ke bilik may4t untuk mengambil jnazah. Kami terus menanti diluar. Kelihatan sekujur badan berbalut kain putih diusung keluar.
Aik jnazah kanak-kanak rupanya ini. Perasaan ingin tahu terus bermain-main dalam fikiranku. Masa dalam kenderaan. Aku terus bertanya pada waris yang mengikuti kami dalam van.
Maaf tuan, mahu tanya ba. Apa hubungan kamu dengan jnazah ni ya?
Jawabnya, sayalah bapanya. Sebenarnya dia ini lah satu-satunya anak kami tuan. Dia seorang sahaja. Enam tahun saja kami dapat hidup bersama.
Macam mana anakmu boleh mninggaI? apa sakitnya tuan?
Jawab bapanya, masa di hari pertama anakku mahu pergi sekolah tadika dia terjatuh ba. Masa tu kakinya sakit sebelah kanan. Kami fikir terseliuh biasa saja. Kesana kemari sudah kami bawa dia berurut dan berubat.
Namun akibat daripada itu anakku masuk wad dan akhirnya mninggaI dunia.
Semasa sampai rumah mereka. Masa kami turunkan jnazah anaknya. Kain putih yang membalut jasad kecil itu terbuka sedikit.
Saya sempat melihat wajah si kecil itu, matanya tertutup rapat seolah-olah tidur. Terus mengingatkan saya kepada anak-anak dirumah.
Masa tu, hanya air mata saja yang keluar. Aku seluk poket seluarku dan keluarkan sedikit wang untuk diberikan kepadanya. Aku serahkan set kelengkapan jnazah dan kami pun berlalu pergi.
Selamat jalan anakku berehatlah kau disana menanti kedua orang tuamu.
Doakan juga semoga si ayah dan si ibu ini dikurniakan anak dihari mendatang. Aminn
Sementara itu menerusi ruangan komen, seorang individu dipercayai petugas forensik menulis komen beliau sudah bertanya kepada si bapa bagaimana mahu membawa pulang jnazah itu.
” Astaga..Saya dah tanya waris macam mana bawa jnazah pulang dan dia cakap ada juga kereta..Saya pun terus pulang.. Tak disangka pula rupanya hanya guna kereta kancil sahaja nak bawa jnazah. Apa-apa pun terima kasih Team Van jnazah Abam Botak. Al-Fatihah buat arwh dan takziah buat keluarga”, tulis Mohd Arif
-
Semasa9 months ago
Sanggup Datang Dari Jauh, Luahan Jutawan Azlan Al-Amin Datang Bayar Denda Adik Nursahira
-
Viral9 months ago
Demi Beg Sekolah Percuma, Ibu Sanggup Redah Naik Motor Buruk Sambil Bawa Tiga Anak Kecil
-
Semasa9 months ago
Ibu Kerja Tukang Cuci Dan Tinggal di Flat Ketika Zaman Kecil, Kisah Tentang Dr Noor Hisham Mula Didedahkan
-
Semasa9 months ago
“Ketika Jururawat Sedikit Membongkok, Saya Terpandang Sesuatu”. Jemaah Tabligh Mula Buka Cerita
-
Semasa9 months ago
Tak Berguna Satu Sen Pun Kepada Umat, Lebih Kamu M4ti Dari Nyusahkan Orang – Ust Ahmad Husam
-
Semasa9 months ago
Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Tunku Azizah
-
Semasa9 months ago
Akan Dibawa Masuk Secepat Mungkin, KKM Sahkan Sudah Ada Ubat Untuk Rawatan COVlD-19
-
Semasa9 months ago
Merayu Diberi Makanan, Polis Dedah Identiti Pelancong Asing Pegang Kadbod Sebenarnya Bukan Calang-Calang