Connect with us

Semasa

Baru Berusia 20 Tahun Dah Jadi ‘Ibu Ayam’. Semuanya Terbongkar Selepas Lelaki Amerika Ini Ditahan

Published

on

Seorang wanita berusia 20 tahun dipercayai menjadi ‘pembekal’ remaja untuk dijadikan mngsa s#ks warga Amerika Syarikat (AS), Russ Medlin, yang ditangkap di Jakarta, Isnin lalu.

Medlin ditahan selepas dua remaja perempuan mendakwa dia membayar mereka untuk melakukan hubungan s#ks.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Ariyana Ahmad turut dipercayai bertindak sebagai ‘mak ayam’ untuk pekerja s#ks bawah umur.

Medlin adalah pelanggannya sejak memasuki Indonesia tahun lalu.

Liputan6 melaporkan, Ariyana juga mengakui menerima keuntungan jutaan rupiah hasil kegiatannya itu.

Jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus berkata, sejak Februari lalu, Ariyana aktif menghantar gadis-gadis bawah umur mengikut permintaan Medlin.

Sehingga kini, kira-kira 10 gadis pernah bekerja dengannya.

” Sejak itu, dia menerima sekitar Rp 20 juta sebagai imbuhan membawa gadis bawah umur kepada Medlin,” katanya.

Yusri berkata, setiap minggu, dua atau tiga gadis akan dibawa bertemu Medlin.

” Kita masih teruskan siasatan. Jika setiap minggu dua hingga tiga remaja dibawa, ini bermakna terdapat lebih 10 gadis menjadi mngsa lelaki berkenaan,” katanya.

Meskipun begitu, polis menjelaskan ada kemungkinan jumlah remaja yang ‘dijual’ untuk melayan Medlin adalah lebih dari itu.

Menurut Yusri, Ariyana juga mengakui remaja yang dibawa kepada Medlin berusia sekitar 13 – 17 tahun.

Gambar- Detik penangkapan Ariyana

Selain itu Ariyana didakwa memiliki latar belakang sebagai seorang penjaga kanak-kanak. Setelah bekerja sebagai pengasuh, Ariyana terputus hubungan dengan Russ Medlin.

” Dia memang sudah kenal dengan Medlin ini sejak 2017. Sudah kenal lama tapi sempat terputus hubungan hubungan. Selama terputus hubungan itu, dia sempat bekerja sebagai pembantu rumah. Jaga anak, ya sempat jadi ‘baby sitter’,” terang Yusri.

Hasil penahanan Medlin mendapati dia menjadi buruan kerana terbabit penipuan mata wang kripto di AS.

” Selepas ditahan, kami memeriksa identitinya dan mendapati dia turut dicari oleh agensi penguatkuasa undang-undang luar negara. Pihak polis juga merampas wang tunai lebih AS$20,000 (RM85,000) daripada suspek,” katanya.

AFP melaporkan, laman sesawang negeri Nevada yang menyiarkan nama pesalah s#ks menyenaraikan Medlin sebagai pesalah ‘tidak patuh’ tahap dua yang bermaksud kedua paling serius, dengan alamat di Las Vegas.

Pada Disember lalu, Jabatan Keadilan AS berkata, tiga orang ditahan atas tuduhan penipuan sebanyak AS$722 juta (RM3 bilion) daripada pelabur yang terpikat dengan pendapatan lumayan hasil daripada bitcoin palsu.

Pendakwa raya di AS menuduh Medlin mengetuai ‘BitClub Network’ (Rangkaian Kelab Bitcoin) yang mengambil wang daripada pelabur menerusi skim ‘ponzi’ (cepat kaya) berteknologi tinggi.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.