Connect with us

Semasa

Baru Je Dua Minggu Diusir, Rayhan Kabir Mula Bersuara, ‘Rumah, Kereta Dan Kerja Semuanya Hilang Selepas’

Published

on

Selepas lebih 2 minggu berada di kampung halaman, Rayhan Kabir, warga BangIadesh yang diusir keluar dari Malaysia meluahkan perasaan kepada media di negara kelahirannya itu.

Dalam wawancara bersama Dhaka Tribune itu, Rayhan berkata dia mempunyai segalanya sebelum ini namun semuanya ‘hilang’ selepas muncul dalam dokumentari ‘Locked Up In Malaysia Lockdown’ terbitan media antarabangsa, Al Jazeera.

” Saya punyai segalanya, rumah yang cantik, kereta, pekerjaan yang bagus dan kewangan yang stabil.

” Namun semuanya berakhir selepas saya muncul dalam dokumentari itu,” katanya.

Langsung tidak dihubungi wakil Al Jazeera

Rayhan juga menjelaskan, sejak ditangkap sehingga dihantar pulang tiada langsung wakil Al Jazeera yang menghubunginya.

Ketika ditemuramah media terbabit Rayhan mendakwa kononnya tidak menyangka bercakap tentang ‘kebenaran’ akan mendatangkan musibah kepada dirinya.

” Saya nekad tidak memakai penutup muka kerana bercakap tentang sesuatu yang benar.

” Bercakap mewakili masyarakat bukanlah perkara asing dalam hidup saya kerana pernah berbuat demikian beberapa kali sebelum ini,” katanya.

Mahu belajar bidang Undang-Undang Pendatang Asing

Dalam pada itu, Rayhan berkata ia menjadikan pengalaman tersebut sebagai pengajaran dan mahu meneruskan pelajaran dalam bidang Undang-Undang Pendatang Asing (Migration Law).

Katanya lagi, dia membuat keputusan nekad tersebut demi memperjuangkan hak pekerja migran.

Terdahulu bekas pekerja imigran di Malaysia ini telah dihantar pulang ke kampung halamannya BangIadesh pada 22 Ogos lalu tanpa sebarang dakwaan oleh kerajaan Malaysia

Rayhan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dhaka dan disambut oleh bapanya dengan air mata kegembiraan.

Akhbar BangIadesh, The Daily Star melaporkan bahawa ayah Rayhan, Shah AlIam, berada di lapangan terbang untuk menunggu anaknya.

” Kami dengan sabar menunggu anak kami pulang kepada kami. Dia ada di sini sekarang. Kami ada peluang untuk menyambut hari lebaran bersama-sama nanti” kata Shah.

Sementara itu Rayhan turut meluahkan rasa gembiranya dapat berjumpa kedua orang tuanya setelah sekian lama mencari rezeki di bumi Malaysia.

” BangIadesh saya, tanah air saya, ibu saya, ibu bapa saya… Saya tidak dapat menjelaskan perasaan ini kepada siapa pun.

” Saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang berada di sisi, ketika saya di dalam dan luar negara,” kata Rayhan

Terdahulu Rayhan yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia atas ucapannya yang dibuat dalam dokumentari 101 Timur Al Jazeera “Locked Up in Malaysia’s Lockdown”.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud sebelum itu berkata Rayhan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.