Connect with us

Semasa

Baru Je Kata Tak Mahu Terlibat Lagi Dengan Youtube, Sekali S. Pavithra Umum Ini Bakal Berlaku Petang Nanti

Published

on

Semalam pasangan Sugu Pavithra menjelaskan tindakan memadam video itu kerana tidak mahu ada sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi.

Menurutnya lagi, mereka buat masa ini mahu memberi perhatian pada keluarga sahaja dan mahu menjadi orang biasa, bebas dari perhatian media.

Tambahnya lagi ramai YouTuber masakan lain yang hebat-hebat dan bagus. Atas sebab itu mereka pelik kenapa mereka yang jadi tumpuan.

Kenyataan itu seolah-olah mereka sudah mahu berhenti menjadi Youtuber.

Bakal muncul semula

Bagaimanapun hari ini, kenyataan berbeza pula dikeluarkan dan seakan memberi berita baik kepada peminat saluran Youtube pasangan tersebut.

Peminat YouTuber sensasi ‘Sugu Pavithra’ boleh melihat semula kemunculan pasangan itu di saluran mereka selewat-lewatnya pada petang ini.

M Sugu, 29, berkata, dia menjangka video baharu akan dimuat naik di YouTube ‘Sugu Pavithra’ pada petang ini jika segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai.

Sugu, suami kepada S Pavithra, 28, yang juga YouTuber masakan mengakui memadam semua 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lalu atas beberapa faktor peribadi.

” Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah),” katanya ketika dihubungi di Bernama di Ipoh, hari ini.

Pada 24 Julai, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit, Selasa lalu, Pavithra mengakui memaafkan perbuatan suaminya itu.

Selain itu, Pavithra ketika ditemui di mahkamah juga berkata, mereka enggan menerima sebarang pengiktirafan atau penganugerahan ikon, sebaliknya mahu menumpu kepada penghasilan video masakan menerusi saluran Youtube seperti biasa.

Bercerita lanjut, Sugu yang juga bekas pekerja sebuah syarikat perladangan swasta di Sungai Siput turut mengakui hilang pendapatan daripada YouTube yang dianggap lumayan susulan tindakan memadam semua video.

” Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja,”

Demikian kata-kata Sugu sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikut setia yang kini berjumlah 787,000 orang.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan Sugu yang dalam keadaan mabuk membawa sabit mencari adik iparnya kerana masalah keluarga di luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Kejadian itu berpunca akibat salah faham antara suspek dengan isterinya berkaitan satu majlis yang berlangsung sehari sebelum itu.

Bernama adalah media pertama melaporkan kisah pasangan berkenaan pada 8 Mei lalu, yang ketika itu mempunyai sejumlah 420,000 pelanggan.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.