Connect with us

Semasa

Baru Je Tadi Mahkamah Putuskan Ikut Faraid Dan Hidayah Pun Dah Setuju, Ini Pula Respon Ali Puteh

Published

on

Mhkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini akhirnya membuat keputusan berkenaan faraid yang difailkan balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah AIi pada 15 Julai lalu.

Keputusan tersebut adalaj menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain peninggalan Allahyrham Abam Bocey..

Susulan keputusan itu, pelawak Syed AIi Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau AIi Puteh turut ditanya tentang perasaan beliau.

AIi ketika dihubungi berkata, perkara itu perlu dibuat mengikut hukum syarak sama seperti yang pernah dinyatakan dalam dua siri video yang dimuat naik sebelum ini.

Menurut AIi, pihaknya tidak pernah cuba menyekat harta peninggalan Allahyrham seperti didakwa segelintir pihak.

” Alhamdulillah, syukur sudah selesai. Itulah sebaiknya.”

” Orang cakap saya nak halang harta arwh. Ya Allah Ya Tuhanku, kalau tengok sidang media saya yang awal dulu dan video terbaru, saya cakap sama saja.

” Kalau ikut hukum Islam memang itulah sebaiknya dan lebih bagus. Benda itu memang perlu difaraidkan kalau ikut hukum Islam.

” Syukur perkara ini sudah selesai. Memang itu yang terbaik. Apabila jadi begini orang anggap saya yang salah,” katanya.

Ditanya mengenai status rumah peninggalan Allahyrham, AIi tegas menyatakan ia termasuk dalam faraid.

AIi dan keluarga tidak pernah rebut harta

Sementara itu, peguam mewakili AIi, Noorazmir Zakaria dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir berkata, anak guam dan keluarganya tidak pernah rebutkan harta Allahyrham.

” Keputusan mhkamah tadi adalah pengisytiharan faraid siapa yang berhak. Jadi, dalam kes ini yang terbabit adalah balu, anak dan ibu bapa arwh.

” Dari awal lagi, permohonan yang difailkan balu tidak ada masalah dan tak perlu dipertikaikan.

” Malah, apabila saya terangkan kepada keluarga AIi, mereka tak pertikaikan. Ibu bapa arwh faham bahagian mereka.

” Cuma, selepas ini kami akan membuat permohonan surat kuasa tadbir untuk membahagikan harta peninggalan arwh dan dibahagikan menurut hukum faraid.

” Kita juga dalam proses untuk selesaikan pembahagian harta secara baik. Balu arwh akan dimasukkan kerana dia berhak selaku penjaga sah anak yang masih bawah umur,” katanya.

Ditanya mengenai status kereta jenis Toyota Vellfire milik Allahyrham, Noorazmir mengesahkan kereta itu sudah dilelong bank pada 19 Ogos lalu.

” Apa yang saya maklum, kereta itu sudah dijual dan dilelong. Kereta itu atas nama Allahyrham,” katanya.

Terdahulu, Hidayah berpuas hati dengan dengan keputusan Mhkamah Rendah Syariah Shah Alam mengenai tuntutan faraid yang difailkan pada prosiding yang berlangsung, hari ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.