Connect with us

Semasa

Bayi Usia 8 Bulan Dibunvh Bapa Sendiri, May4t Dilumur Dengan Garam. Polis Ceritakan Kejadian Sebenar

Published

on

Menyayat hati, hanya itu yang mampu diungkapkan apabila seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui m4ti termasuk badan dilumur garam dipercayai dibunvh bapa kandung menggunakan objek tumpul dalam kejadian di Kampung Sungai Dua, Bachok, pagi tadi.

Kem4tian Wan Mohamad Afiq Wan Roslan dipercayai dilakukan bapa mngsa yang mengalami masalah gangguan mental.

Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman, pihaknya mengetahui kejadian selepas sepupu saspek berusia 50-an datang membuat aduan berhubung kem4tian bayi itu pada jam 11.30 pagi tadi.

Samsulmuddin berkata, pengadu memaklumkan saspek menghubunginya supaya melihat keadaan anak tunggalnya dan sebaik tiba di rumah suspek, pengadu mendapati anak saspek sudah meninggI dnia dengan keadaan mencurigakan.

Jumpa ibu bayi dalam keadaan trauma dan menangis

” Selepas mendapat laporan, polis menyerbu rumah saspek yang berkunci dari dalam dan bertindak memecah masuk rumah berkenaan.

” Sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, kami menahan seorang lelaki dipercayai saspek dan membawa keluar seorang wanita dipercayai ibu mngsa berusia 32 tahun dalam keadaan trauma dan menangis.

” Hasil pemeriksaan menemui bungkusan guni berisi bayi itu yang disorokkan di bawah meja di bahagian dapur,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, hari ini.

Samsulmuddin berkata, hasil pemeriksaan ke atas bayi berkenaan, mendapati terdapat beberapa kesan lebam pada seluruh badan termasuk kesan lelasan di leher kiri dan kanan bayi berkenaan.

Katanya, pihaknya belum dapat memastikan sama ada kesan itu kesan cek1k atau j3rutan dan percaya mngsa meninggI dnia kurang tempoh 24 jam.

” Pemeriksaan awal pihak forensik tidak menemui kesan luka berdarah pada bayi berkenaan dan mendapati badan bayi itu turut dilumuri dengan garam kasar pada seluruh tubuh,” katanya.

Beliau berkata, kem4tian bayi itu dipercayai akibat objek tumpul dan tiada senjata ditemui di lokasi kejadian.

Saspek rupanya sakit mental

Katanya, daripada siasatan awal yang dijalankan saspek yang bekerja kampung didapati mengalami masalah mental sejak dua minggu kebelakangan ini.

” Hasil pemeriksaan awal juga mendapati terdapat kesan lebam dan calar di kedua-dua belah tangan kanan dan kiri si ibu dan dia dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bachok.

” M4yat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Sksyen 302 Kanun Kesksaan,” katanya.

Sementara itu, ahli keluarga pasangan itu, Masitah Mohd Ragimi, 46 berkata, dia terkejut apabila mendapat berita kem4tian cucu saudaranya yang juga anak tunggal pasangan berkenaan.

Katanya, kali terakhir dia melawat pasangan itu di rumah mereka Rabu lalu kerana melawat saspek yang demam akibat sakit bisul.

” Setahu saya, saspek duduk elok (hidup baik) dengan isteri dan anaknya, kami pun tak pernah dengar mereka ada masalah, mngsa juga anak pertama hasil perkahwinan saspek dengan anak saudara saya,” katanya.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.