Connect with us

Semasa

Dituduh Kejar Kemasyhuran Dan Populariti, Sekali Bekas Isteri Hasnol Bersuara Dan Bagi Ayat ‘Makan Dalam’

Published

on

Bek4s isteri penyanyi Hasnol iaitu Marina Mohin menyifatkan tuduhan punca penceraian mereka disebabkan dirinya mengejar kemasyhuran dan populariti adalah fitnah besar dibuat bekas suaminya.

Menurut Marina, 52, dia berharap masyarakat tidak mudah mempercayai tudvhan tersebut kerana ia sama sekali tidak benar.

” Satu sahaja yang saya boleh katakan, tuduhan inginkan kemasyhuran dan populariti adalah satu f1tnah terhadap saya.

” Saya harap orang di luar sana tidak sewwnang-wenangnya mempercayai secara membuta tuli tentang kenyataan tersebut,” katanya.

Terdahulu Marina dan Hasnol atau Hasnol Hassan Ariff, 52, sah bercerai dengan talak satu dihadapan Hakim Syarie, Mohd Syafiq Ibrahim di Mahkamah Syariah Bangi pada pagi Khamis.

Dalam pada itu, Marina enggan mengulas lanjut mengenai punca sebenar perceraian mereka kerana memikirkan soal maruahnya sebagai seorang wanita.

Marina juga enggan membuka aib Hasnol meskipun mereka sudah tidak mempunyai hubungan suami-isteri.

” Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan kerana tidak ingin menga1bkan sesiapa,” ujarnya.

Apa paling penting kata Marina, keutamaannya adalah untuk menjaga emosi dan kebajikan anak mereka, Haneesa Maisara yang kini berusia 11 tahun.

Ini kerana katanya, anak perempuan mereka terganggu dengan berita perceraian mereka sehingga mendapat banyak pertanyaan daripada rakan-rakan di sekolah.

” Saya ada kerjaya dan anak yang perlu dijaga, jadi rasanya tidak ada apa-apa lagi yang ingin saya katakan untuk mengelakkan perkara ini menjadi lebih keruh,” tambahnya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama perkahwinan pasangan ini bergolak sejak berkahwin pada 2010 malah pada 2015 rumah tangga mereka pernah berantakan namun masalah itu diselesaikan secara baik.

Menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, 52, Hasnol turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18 tahun.

Manakala Marina turut mempunyai tiga cahaya mata iaitu Zafirah, 28, Ilya Zulaikha, 27 dan Muhammad Aliff Imran, 22, hasil perkahwinan dengan bekas suami pertama.

Sekilas info Hasnol

Pemilik nama sebenar Hasnol Bin Hassan Ariff ini merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia.

Beliau meraih kejayaan dalam bidang muzik selepas memenangi tempat ketiga Sony Music Voice of Asia pada 1991.

Pada tahun 2014, beliau menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim pertama.

Selepas memenangi tempat ketiga Voice of Asia pada 1991, Hasnol telah merakamkan album pertamanya bejudul Sudi Katakan Sudi pada 1992.

Lagunya yang bertajuk sama pernah memenangi kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu ke-8 setahun berikutnya.

Pada tahun 1994, Hasnol melancarkan album keduanya berjudul Caraku.

Pada tahun 2014, beliau kembali ke industri muzik dengan melancarkan dua lagu baru, “Tinggallah” dan “Kasih Abah”.

Hasnol juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, telah menjayakan drama Mencari Kiblat Cinta dan Pelangi Hati serta My Sweetheart Hannan.

Sumber:mstar

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.