Semasa
Mahu Lawan COVlD-l9, Bekas Jururawat Kembali Dari Pencen Untuk Curahkan Bakti


” Kalau saya duduk sahaja di rumah, saya tetap akan m4ti bila tiba masanya.
Itu jawapan seorang bekas ketua jururawat ketika ditanya mengenai keputusannya untuk kembali bertugas menjadi sukarelawan melawan wab4k COVlD-l9 di Malaysia.
Menurutnya, kem4tian boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa mengira sesiapa pun apabila sampai waktunya.
” Inilah perkara yang anda boleh lakukan walaupun ia sekecil-kecil bantuan.
” Derma bukan hanya bermakna menyumbangkan wang atau makanan tetapi sebagai manusia, apa saja yang anda boleh buat. Dan bagi saya, inilah apa yang saya dapat sumbangkan,” kata Biby Maideen, 68, kepada Malaysiakini.
Biby yang kini mengalami masalah hipertensi dan mempunyai risiko ekoran masalah kesihatannya itu berkata, dia telah pun berbincang dengan empat anaknya sebelum menghantar permohonan menjadi sukarelawan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon doktor dan jururawat bersara kembali berkhidmat.
Anak-anak menyokong penuh keputusannya itu.
Selain itu, Biby berkata, dia mendapat pendidikan sebagai jururawat di United Kingdom (UK) dan kemudian berkhidmat sebagai jururawat selepas menamatkan diplomanya pada 1974.
Biby kemudian bekerja di UK selama kira-kira tiga tahun sebelum kembali ke Malaysia dan menyertai institusi kesihatan swasta selama lebih dari empat tahun.
Menceritakan pengalamannya, Biby memberitahu pada awal 1980-an, dia menyertai perkhidmatan kesihatan awam dan berkhidmat sebagai jururawat komuniti selama 15 tahun sebelum kembali ke sektor swasta.
Katanya, dia turut menghadiri kursus pasca latihan asas jururawat dan mempunyai kemahiran khusus melibatkan kemalangan dan kecemasan.
” Bila umur saya 52 tahun, saya kembali ke UK dan bekerja di sana selama 14 tahun. Kebanyakannya sebagai jururawat di rumah penjagaan orang tua.
” Saya bekerja di sana sehingga saya bersara tiga tahun lalu atas permintaan anak-anak saya yang meminta saya berehat.
” Ketika di UK, saya banyak belajar dan dapat pengalaman tentang pengurusan penyakit berjangkit dan penjagaan paliatif.
” Di sana mereka mempunyai Norovirvs dan winter virvs iaitu virvs yang hanya ada setiap musim sejuk.
” Jadi kami perlu membuat persiapan termasuk menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE),” katanya.
Biby (tiga dari kiri) ketika di Southend,1970an.
Pesara kembali berkhidmat, petugas barisan depan boleh fokus
Ketika ditanya tentang seruan KKM agar semua doktor dan jururawat yang telah bersara kembali berkhidmat, Biby berkata ia tindakan terpuji sambil menambah pihak yang berada di barisan hadapan merawat pandemik itu boleh menggunakan khidmat golongan pesara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu sidang akhbar semalam bahawa mereka mensasarkan untuk mencapai 2,000 tenaga kerja mahir untuk membantu secepat mungkin.
” Kami sedang dalam proses untuk meningkatkan sumber manusia, termasuk jururawat dan doktor.
” Apa yang penting sekarang, kami mahukan mereka yang sudah mempunyai pengalaman seperti jururawat dan pakar yang telah bersara. Mereka boleh membantu kami,” katanya.
Sementara itu, Biby berkata, walaupun ramai pesara yang kembali berkhidmat mungkin tidak dapat bekerja secara langsung di barisan hadapan disebabkan faktor usia, namun mereka boleh mengambil alih tugas yang lebih ringan agar jururawat sedia ada dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menjaga pesakit.
-
Semasa3 years ago
Sanggup Datang Dari Jauh, Luahan Jutawan Azlan Al-Amin Datang Bayar Denda Adik Nursahira
-
Semasa3 years ago
Tak Berguna Satu Sen Pun Kepada Umat, Lebih Kamu M4ti Dari Nyusahkan Orang – Ust Ahmad Husam
-
Semasa3 years ago
Ibu Kerja Tukang Cuci Dan Tinggal di Flat Ketika Zaman Kecil, Kisah Tentang Dr Noor Hisham Mula Didedahkan
-
Semasa3 years ago
Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Tunku Azizah
-
Viral3 years ago
Demi Beg Sekolah Percuma, Ibu Sanggup Redah Naik Motor Buruk Sambil Bawa Tiga Anak Kecil
-
Semasa3 years ago
Akan Dibawa Masuk Secepat Mungkin, KKM Sahkan Sudah Ada Ubat Untuk Rawatan COVlD-19
-
Semasa3 years ago
“Ketika Jururawat Sedikit Membongkok, Saya Terpandang Sesuatu”. Jemaah Tabligh Mula Buka Cerita
-
Semasa3 years ago
Merayu Diberi Makanan, Polis Dedah Identiti Pelancong Asing Pegang Kadbod Sebenarnya Bukan Calang-Calang