Connect with us

Semasa

Berebut Remote TV Dengan Isteri, Lelaki Tergamak Mahu Tik4m Anak Sendiri Dengan Pemutar Skru

Published

on

Semakin ramai manusia hilang kewarasan dan sanggup berbuat perkara di luar kawalan hanya disebabkan benda kecil.

Hanya kerana alat kawalan jauh televisyen, seorang lelaki hilang pertimbangan apabila mahu men1kam leher anaknya berusia lapan tahun dalam kejadian di Taman Seri Kionsom, Kota Kinabalu, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, anggota polis terpaksa mengambil masa lebih dua jam bagi menenangkan lelaki berusia 36 tahun itu yang mengugut mahu men1kam leher anaknya menggunakan pemutar skru.

Difahamkan suspek yang dibawah pengaruh syabu bertindak demikian kerana berang selepas berebut alat kawalan jauh televisyen itu dengan isterinya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketika kejadian, suspek memaut leher anak lelakinya itu sambil beberapa kali menghentak pemutar skru ke kepala kanak-kanak berkenaan.

Katanya, suspek turut mengugut anggota polis supaya tidak mendekatinya dan mengancam akan men1kam anaknya.

” Suspek berkeras tidak mahu melepaskan anaknya yang ketika itu ketakutan.

” Polis terpaksa menggunakan kaedah psikologi bagi menenangkan suspek sebelum dia menyerahkan pemutar skru dan menyerah diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, hari ini.

Habibi berkata, suspek dibawa ke Balai Polis untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan air kncing yang dijalankan mendapati dia positif d4dah syabu.

” Siasatan lanjut mendapati suspek turut mempunyai tiga rekod jnayah lampau termasuk kes suspek menetak isterinya kira-kira dua bulan lalu.

” Kes sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Suspek turut mempunyai dua kes d4dah mengikut Sksyen 15 (1) (a) Akta D4dah Berb4haya 1952.

” Suspek ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Bapa mabuk temb4k anak sendiri

Dalam kejadian berasingan, seorang remaja nyaris m4ut dipercayai ditemb4k bapanya sendiri di kediaman mereka di Kampung Keranji Madu di Selangau, semalam.

Dalam kejadian pada 5.30 petang itu, mangsa berusia 18 tahun dan bapanya berusia 48 tahun sedang minum minuman keras.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan (DSP) Jimmy Panyau berkata, siasatan awal mendapati bapanya bertindak men3mbak mangsa menggunakan senapang patah buatan sendiri atau bakakok.

” Akibatnya, mangsa cedera di bahagian bahu kiri, lutut kanan dan jari dipercayai terkena temb4kan senapang terbabit.

” Sejurus selepas kejadian bapa remaja berkenaan melarikan diri,” katanya hari ini.

Katanya, ketika pasukan polis tiba, mangsa masih sedarkan diri, sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

” Pemeriksaan ke kawasan sekitar kediaman turut menemui senapang patah tidak jauh dari kediaman keluarga terbabit. Ia dirampas bagi tujuan bahan bukti kes,” katanya.

Jimmy berkata, punca kejadian masih disiasat dan polis sedang giat mencari bapa mangsa untuk membantu siasatan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.