Connect with us

Semasa

Berita Dah Tersebar, Ali Puteh Dah Muatnaik Status Ini. Tapi Terpaksa Tutup Ruangan Komen, Ini Sebabnya

Published

on

Berita tentang Ali Puteh yang mengakui mengeluarkan sman terhadap kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menarik perhatian ramai.

Menurut Ali, dia mengambil keputusan menyaman bekas kakak iparnya itu sebagai tindakan balas Hidayah yang mengeluarkan sman terhadapnya terlebih dahulu.

” Pihak mereka mengeluarkan sman terhadap kami dahulu.

” Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.

” Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

” Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut.

” Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohm4h dan menjadi bahan hin4an masyarakat,” katanya.

Menjawab dakwaan plaintif, Hidayah selaku defendan kedua mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas didakwa hasil tabungan bersama Allayrham suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah.

Selain itu Hidayah turut mengakui mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik Allahyarham dan memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anak Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kerana bimbang direbut plaintif.

” Kami sekeluarga hanya mahu membersihkan maru4h kami yang selama ini dipijak-pijak.

” Sebelum ini dia (kakak ipar) kata dihalau dari rumah sehelai sepinggang tetapi hari ini dia kata tidak bertanggung jawab dengan semua kenyataan dikeluarkan menerusi video Aliff Syukri.

” Semoga kebenaran akan terjawab selepas ini. Mungkin inilah yang Allah SWT nak tunjukkan selepas kami sekeluarga bersabar sekian lama. Saya bersyukur.

” Apapun saya maafkan semua yang telah mengeluarkan kata-kata kes4t terhadap kami sekeluarga,” katanya.

Status terbaru dimuatnaik Ali

Sementara itu menerusi semakan, Ali Puteh dilihat memuatnaik status di Instagram beliau dipercayai merujuk kepada isu sman terhadap Hidayah.

” Alhamdulillah berkat bersabar, sabar dan terus bersabar..akhirnya mengaku juga.

” Allah mendengar doa orang teraniaya, Allah maha adil dan maha agung”, tulis Ali

Ali juga menulis “Sebenarnya kita buka takut tapi kita taknak tunjuk perangai s3tan kita sebab itu diamkan aja”.

Bagaimanapun Ali dilihat sudah menutup komen bagi status terbaru yang ditulisnya itu.

Ia dipercayai bagi mengelak warganet meleparkan kata-kata kec4man yang boleh menimbulkan fitn4h dan persepsi buruk memandangkan kes masih berjalan.

Namun jika dilihat pada status sebelum-sebelum ini di Instagram Ali, terdapat segelintir yang gigih menulis komen yang tidak berkaitan.

Malah kebanyakan warganet menjadikan status lain yang tidak ditutup komen sebagai sasaran mereka untuk mengec4m Ali.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.