Connect with us

Semasa

Buaya Sambar Remaja di Sungai Berjaya Ditngkap. Sebaik DibeI4h Perut, Ini Yg Dijumpai Buat Semua Terkedu

Published

on

Anggota tubuh manusia antaranya tulang rusuk, tulang betis, tapak tangan dan serpihan dipercayai tengkor4k serta sehelai baju ditemui di dalam perut buaya yang ditangkap di Batang Ulu Belawai, Tanjung Manis, Mukah, hari ini.

Ia dipercayai milik remaja, Ricky Ganya, 14, dari Rumah Panjang Dadat, Tanjung Manis, yang dilaporkan dibah4m buaya ketika dia mencari siput bersama ibu saudaranya di sungai pada 26 Julai lalu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Tiong Ling Hii berkata, buaya sepanjang 4.5 meter itu berjaya ditangkap pada jam 9.15 pagi tadi, selepas reptilia itu tersangkut pada pancing berumpan ayam yang dipasang oleh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT), Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Beliau berkata, buaya berkenaan kemudian dibawa ke darat dan perutnya dibel4h di depan pegawai polis, keluarga mngsa serta penduduk kampung.

” Baju serta beberapa bahagian anggota badan manusia ditemui di dalam perut pemngsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun katanya, operasi pencarian diteruskan hari ini atas permintaan keluarga mngsa.

Mngsa dikatakan keluar mencari siput di sungai berhampiran dan ditemani ibu saudara dan dua lagi rakannya pada 26 Julai lalu.

Menurut saksi iaitu ibu saudaranya, dia melihat sendiri mngsa ditarik buaya ke dalam sungai.

Kejadian itu dilaporkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis pada jam 11.28 hari kejadian dan sepasukan anggota dihantar ke lokasi untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Operasi itu turut disertai polis, SFC, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk rumah panjang.

Dalam kejadian pagi 26 Julai lalu, mangsa dikenali sebagai Ricky Ganya dikatakan disambar buaya ketika sedang mencari siput di sebatang sungai di Rumah Dadat, Tanjung Manis di Mukah.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak menerima panggilan kecemasan berkenaan insiden itu pada 11.28 pagi dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis dikerah ke lokasi.

Kejadian itu menyusuli insiden pada Jumaat lalu apabila seorang lelaki dilaporkan disambar seekor buaya di Sungai Seduku, anak sungai Batang Lupar dekat Rumah Panjang Tuntun, Sri Aman.

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat masih gagal mengesan mngsa.

Kong Gindi, 47, dipercayai disambar buaya ketika dia dan rakannya dikenali Saji Thomas, 52, sedang mencuci perahu di sungai berkenaan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.