Connect with us

Semasa

Rupanya DaIang CuIik Dan Bunvh Datuk Seri Pernah Jadi Calon DUN Selangor Pada PRU13

Published

on

Sejak dua hari lalu berita tentang penemuan m4yat seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang dipercayai dicuIik dan dibunvh menjadi tajuk berita utama di media perdana.

Difahamkan motif pencuIikan tersebut adalah bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah RM154 juta dari keluarga mngsa.

Lebih menarik perhatian ramai, berdasarkan sumber, dalang utama kejadian tersebut merupakan rakan baik mngsa sendiri yang berpangkat Datuk.

Sementara itu maklumat terkini, individu disyaki dalang pencuIikan dan pembunvhan seorang “Datuk Seri” pernah menjadi calon kerusi DUN Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

Satu sumber mengesahkan perkara tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

Dalang yang dikatakan itu, memakai gelaran “Datuk”, adalah salah seorang daripada tujuh suspek yang ditangkap untuk memudahkan siasatan terhadap kes berkenaan.

” Dia pernah terlibat dalam politik. Dia bekas calon bertanding untuk kerusi dewan undangan negeri di Selangor pada pilihan raya ke-13,” kata sumber itu.

Bagaimanapun, sumber itu enggan memberitahu parti politik mana yang terlibat dan sekiranya dia masih lagi aktif dalam politik.

Mahu dapatkan kembali wang selepas melabur di dalam projek hartanah mngsa

Difahamkan, niatnya di sebalik pencuIikan itu adalah untuk mendapatkan kembali wangnya selepas dia melabur di dalam projek hartanah oleh mngsa yang tidak pernah terlaksana.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan suspek bersekongkol dengan seorang peguam (peguamcara dan peguambela) untuk melakukan pencuIikan itu bersama dua lagi suspek ketika mngsa sedang berjoging bersendirian pada 10 Jun lalu.

Mereka dibantu oleh dua lagi suspek yang menyamar sebagai polis dan meminta mngsa mengikutnya dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) sekitar jam 10.30 pagi pada hari itu.

Mereka menyembunyikannya di beberapa lokasi termasuk di sebuah rumah teres di Rawang, dan menuntut S$50 juta daripada keluarga mngsa.

Terdahulu, polis Selangor berkata mereka sedang memburu seorang lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Sheikh Ismail Sheikh Hassan atau nama timangan ‘El’ untuk memudahkan siasatan.

EL dikatakan beralamat di No. J-2-01, Apartmen Teratai, Bukit Beruntung MK Land, Rawang dan No J-3-29, Apartmen Teratai, Bukit Beruntung MK Land, Rawang dicari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam maklumat lain, mngsa sebelum ini amat dikenali dalam kalangan ahli perniagaan dan pernah mengadakan sambutan hari lahir besar-besaran di sebuah hotel mewah.

Malah, seorang daripada anaknya berusia 20-an pernah menghadiahkan mngsa sebuah kereta mewah, Rolls-Royce.

Kesemua tujuh suspek berusia antara 20 dan 56 tahun.

M4yat mngsa ditemui di antara pokok renek di Rawang pada pukul 9 pagi semalam.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.