Semasa
Dipenjara 12 Bln, Dnda RM2 Juta. Ku Nan Kata Prtuduhan ke Atasnya Bermotif Politik. Ini Jawapan Padu Hakim


Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta berhubung tugas rasminya empat tahun lalu.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan lagi sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu.
Bagaimapun mahkamah menanggungkan kedua-dua hukuman itu sementara menunggu rayuan.
Ketika membaca penghakiman selama kira-kira 25 minit, Mohamed Zaini berkata, wang RM2 juta yang diterima meragukan apabila tertuduh mengatakan wang itu didermakan untuk dua kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sedangkan tertuduh merupakan ahli parlimen kawasan lain.
” Tertuduh ketika itu hanya selaku Setiausaha UMNO malah bukan ahli parlimen kawasan bagi dua PRK berkenaan. Maka timbul keraguan, apabila wang itu dikatakan digunakan untuk PRK tersebut,” katanya.
Tertuduh kata pertuduhan terhadapnya adalah helah politik, ini jawapan padu hakim
Sementara itu Mohamed Zaini dalam penghakimannya turut membidas keterangan tertuduh bahawa pertuduhan terhadapnya adalah tidak relevan dan merupakan helah politik oleh musuh politik UMNO.
Katanya, tertuduh bukan satu-satunya ahli politik yang didakwa atas tuduhan rasuah selain tiada sentimen dalam keputusan mahkamah dan ia dibuat semata-mata berdasarkan undang-undang dan bukti yang dikemukakan ketika perbicaraan.
” Badan kehakiman tidak mengambil bahagian dalam hal politik dan kebebasannya (kehakiman) adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
” Sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana pihak atau individu, maka, adalah menjadi tugas mahkamah untuk membetul dan menghukum pesalah,” katanya.
Menurut pertuduhan yang berkaitan dengan keputusan hari ini, Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB.
Rasuah itu diterima Tengku Adnan melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
-
Semasa9 months ago
Sanggup Datang Dari Jauh, Luahan Jutawan Azlan Al-Amin Datang Bayar Denda Adik Nursahira
-
Viral9 months ago
Demi Beg Sekolah Percuma, Ibu Sanggup Redah Naik Motor Buruk Sambil Bawa Tiga Anak Kecil
-
Semasa9 months ago
Ibu Kerja Tukang Cuci Dan Tinggal di Flat Ketika Zaman Kecil, Kisah Tentang Dr Noor Hisham Mula Didedahkan
-
Semasa9 months ago
“Ketika Jururawat Sedikit Membongkok, Saya Terpandang Sesuatu”. Jemaah Tabligh Mula Buka Cerita
-
Semasa9 months ago
Tak Berguna Satu Sen Pun Kepada Umat, Lebih Kamu M4ti Dari Nyusahkan Orang – Ust Ahmad Husam
-
Semasa9 months ago
Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Tunku Azizah
-
Semasa9 months ago
Akan Dibawa Masuk Secepat Mungkin, KKM Sahkan Sudah Ada Ubat Untuk Rawatan COVlD-19
-
Semasa9 months ago
Merayu Diberi Makanan, Polis Dedah Identiti Pelancong Asing Pegang Kadbod Sebenarnya Bukan Calang-Calang