Connect with us

Semasa

Ditemui Tidak Sedarkan Diri Dalam Kereta, Tiga Sahabat MeninggI Dnia. Punca Sebenar Kejadian Didedahkan

Published

on

Terkini, seorang lagi mngsa yang mengalami keracunan karbon monoksida ketika berehat dalam kereta di Kilometer 132.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat stesen minyak di Sama Gagah, di sini, dilaporkan meninggI dnia petang tadi.

Difahamkan Nor Adilah Mohd Safwan, 21, meninggI dnia pada 4.23 petang selepas menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Sementara kembarnya, Nor Aqilah kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur.

Ini menjadikan tiga m4ut dalam kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis mendapat maklumat dari ibu mngsa berhubung kematian itu.

” Nor Adilah dilaporkan meninggI dnia manakala kembarnya kini dalam pemantauan doktor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Shafee berkata, kenderaan dinaiki empat sahabat itu sudah diperiksa seorang juruteknik.

” Hasil pemeriksaan yang dilakukan disyaki berlaku kebocoran di bahagian ekzos kereta kerana mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat.

” Akibat kebocoran itu menyebabkan asap disedut masuk ke dalam ruang kenderaan terbabit dan mngsa tidak sedarkan diri kerana terhidu gas,” katanya.

Dalam kejadian jam 1 pagi, keempat-empat mngsa, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri, Nor Adilahdan Nor Aqilah masing-masing berusia 21 tahun berhenti berehat di stesen minyak berkenaan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Empat mngsa yang belajar di sebuah kolej kejururawatan dekat Batu Caves berhenti rehat sebelum ditemui tidak sedarkan diri akibat terhidu karbon monoksida.

Sharifah Fariesha ditemui m4ut di lokasi kejadian manakala Ayuni Shazwanie meninggI dnia dalam perjalanan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Kebocoran pada ekzos kenderaan pelbagai guna (MPV) disyaki menjadi punca kejadian empat sekawan mengalami keracunan gas karbon monoksida sehingga menyebabkan tiga daripadanya meninggI dnia manakala seorang lagi kritikal.

Kejadian berlaku di kawasan parkir stesen minyak di Samagagah di Lebuhraya PLUS arah utara, jam 1 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pemeriksaan terhadap MPV itu dilakukan oleh juruteknik syarikat pengeluar kenderaan berkenaan.

” Hasil pemeriksaan dilakukan, juruteknik itu syak berlaku kebocoran pada ekzos MPV berkenaan.

” Ini kerana, ketika pemeriksaan, ekzos itu mengeluarkan bunyi dan bau asap yang sangat kuat.

” Kebocoran itu menyebabkan asap disedut masuk ke dalam ruang MPV berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Bapa jumpa sendiri anaknya 

Bapa kepada seorang daripada empat sahabat yang dipercayai lemas karbon monoksida di stesen minyak di Sama Gagah di Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini, menemui kesemua mngsa sudah tidak sedarkan diri dalam kenderaan dinaiki pada pagi hari ini.

Bapa Ayuni Shazwanie Shabri, 21, dikatakan keluar mencari anaknya itu selepas bimbang mngsa masih tidak sampai di rumah pada 11 malam selepas menghantar mesej kepada ibunya pada 9.15 malam.

Ketika tiba di stesen minyak berkenaan didapati enjin kereta dinaiki empat sahabat itu masih hidup dan kesemua mereka sudah tidak sedarkan diri sebelum dia menghubungi petugas perubatan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.