Connect with us

Semasa

Bapa Kerja CIeaner Bawa Dua Anak TinggaI Dalam Stor. Bila Cikgu Ini Pergi Hadap, Terbongkar SegaIa Cerita

Published

on

Artikel ini adalah satu kisah yang benar-benar terjadi dalam masyarkat kita. Perkongsian oleh cikgu Mohd Fadhli Salleh tentang kisah seorang bapa yang tabah membesarkan anak-anak yang menyentap perasaan ramai.

Sampai kat rumah jam 10:15 tadi dengan anak isteri, aku terus sambar kunci motor.

” Abang keluar lagi ke malam ni?”

” Ya. Abang baru terima satu kes seorang ayah dah hampir 6 bulan tidur di stor tempat kerja dengan dua anaknya. Abang pergi settle jap,” balasku.

Terus aku menuju ke Kedai Awe. Kat sana, Fadamir Saad dah sedia menunggu. Parking motor, terus aku lompat atas kereta dia.

” Apa kes Mir?”

” Ni ha. Member aku cakap, anak murid bini dia cerita duduk dalam stor. Mak dah berpisah. Mereka tinggal dengan ayah. Sayang budaknya budak pandai. Nak UPSR pula tu.”

Tanpa berlengah, kami terus menuju ke tempat yang dijanjikan. Dari jauh kelihatan seorang lelaki berusia 40an sedang melayan anak-anak dengan mesra.

Aku merapati mereka dan memperkenalkan diri. Dan kami duduk berborak lebih satu jam lamanya.

Bertanya tentang kehidupan dia. Kenapa sampai kena duduk kat stor. Apa pekerjaan, bagaimana persekolahan anak-anak dan sebagainya.

Ayahnya kerja cleaner. Sudah lebih setahun berpisah dengan isterinya. Dan anak-anak dia yang jaga.

Bagus betul si ayah ini. Jaga anaknya dengan baik. Bersih dan kemas je anak-anak bila aku jumpa. Padahal duduk kat stor kot.

Lebih aku kagum, dia akan pastikan anaknya ke sekolah setiap hari tanpa gagal kecuali anaknya sakit. Patutlah anaknya ini dinobatkan sebagai murid contoh kat sekolah.

Anak sulungnya belajar pandai. Harapan sekolah. Guru-guru semua sayang. Dan baru hari ini anak polos ini membuka cerita yang dia tinggal di stor bersama ayah dan adiknya setelah tuan rumah sewa suruh keluar kerana rumah hendak dijual.

Sejak itu, mereka tinggal di stor tempat ayah mereka bekerja. Petang-petang, anak berdua ini menemani ayah menyapu sampah sambil belajar dan buat kerja rumah.

Ayahnya sangat pentingkan pelajaran. Hari ini pun si ayah minta pengecualian kerja untuk ke sekolah anak sebab ada program tahun 6 melibatkan ibubapa. Komitmen penuh diberi walau dia bapa tunggal yang mengurus semua benda.

Aku jumpa, aku hadap, aku bertanya semua benda lalu putuskan, Dana Kita akan support keluarga ini.

Semua yuran anak-anaknya, semua persiapan persekolahan, semua buku-buku, semua kos tuisyen dan seumpamanya akan aku bantu penuh.

Aku minta mereka berpindah ke rumah sewa. Untuk tinggal di bilik sewa tidak sesuai memandangkan anak sulungnya perempuan yang makin meningkat dewasa.

Sekali lagi, isu deposit menjadi masalah utama. Aku suruh dia cari sahaja, soal deposit kami akan bantu sebahagian.

Dia bersetuju. Alhamdulillah.

Anak ini bakal hadapi UPSR. Anak pula ada potensi besar. Meski pun hidup dalam kekurangan, anak ini tidak pernah mengalah.

Dan kali ini Dana Kita akan sokong pula. Dengan harapan dia akan berjaya seterusnya mengubah kehidupan keluarga mereka.

Ah, kisah keperitan hidup dikota raya seolahnya tidak pernah akan berakhir. Dan jika masing-masing penting diri dan tak peduli, apa kita nak jawab depan Tuhan di akhirat kelak?

Aku tak mampu bantu semua orang. Namun sekurang-kurangnya aku cuba bantu mereka yang ada disekeliling aku dengan bantuan kalian.

Terima kasih pada semua kawan-kawan nyata dan kawan-kawan maya yang terus menerus menyokong setiap projek kebajikan aku sejak bertahun-tahun lamanya.

Kita mungkin tidak ditakdirkan bersua di dunia. Namun aku selalu berdoa pada Tuhan moga-moga kita semua berjiran di syurga.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.