Connect with us

Viral

Dua Tahun Simpan Duit, Pemuda Akhirnya Berjaya Bawa Ibu Yang Sakit Bercuti ke Pulau

Published

on

Setiap orang pasti sanggup lakukan apa sahaja demi membahagiakan ibu bapa.

Sebuah kisah ingin dikongsikan ini pasti menjentik hati ramai. Kira-kira dua tahun lalu, seorang pemuda luluh hati selepas impian untuk membawa ibunya bercuti di sebuah pulau tidak kesampaian selepas ibunya didiagnos dengan d1abetes, d4rah tinggi dan buah pinggang.

Menurut Muhammad Hasif, 28, beliau terpaksa membayar bil perubatan ibunya sejak dua tahun lalu.

Sehinggalah pada Oktober 2019, dia akhirnya berjaya membawa ibunya, Mimah ke Pulau Tioman dalam percutian 3 hari 2 malam hasil kerja keras menyimpan wang.

Terdahulu Hasif berkongsi kisahnya itu menerusi hantaran di Facebook pada 5 Oktober 2019.

” Kejutan buat mak bagi tiket percutian 3 hari 2 malam happy mak…lebih baik bahagiakn ibu kita selagi mampu love u mak”

Lebih mengharukan, Hasif turut membuat kejutan berganda dengan menghadiahkan rantai emas yang serupa dengan rantai yang ibunya pernah gadaikan kira-kira 2 tahun lalu demi menyara keluarga.

Kata Hasif, sebaik ibunya melihat rantai tersebut, ibunya bergenang air mata kerana terkejut rantai yang mempunyai ukiran bunga raya tersebut sama seperti yang dia pernah miliki.

” Sebelum ini saya tidak mempunyai wang, namun saya nekad untuk menebusnya (rantai) untuk mak walaupun mengambil masa untuk saya mencari sebuah rantai yang mempunyai ukiran yang sama. Saya sendiri menitis air mata bila lihat mak menangis, ”

Dalam pada itu Hasif turut menceritakan beberapa tahun kebelakangan ini merupakan tahun yang sukar buat dirinya dan keluarnga kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

” Saya sudah mendapat pekerjaan tetap sejak 2 bulan lalu, Alhamdulillah. Waktu itu saya lantas teringat di mana ibu pernah beritahu saya dia mahu pergi ke pulau kerana suasananya yang berangin”.

Layanan Hasif terhadap ibunya sangat mengagumkan. Ketika berada di pulau Tioman, mereka melakukan banyak perkara bersama, seperti pergi mengelilingi pulau dengan basikal dan motosikal, berkelah di pantai dan mencuba makanan tempatan di sana.

Muhammad Hasif juga teringat kembali saat ketika dia menunjukkan sampul surat yang berisi tiket kepada ibunya, ibunya lantas menangis gembira.

Meskipun begitu, Hanif mengakui kejutan yang dilakukan terhadap ibunya tidak akan dapat membalas segala pengorbanan yang dibuat ibunya selama ini.

” Saya sangat bersyukur kerana akhirnya dapat menunaikan hasrat ibu yang tertangguh sebelum ini, menjadi kenyataan. Namun semua itu tidak mungkin dapat menyamai setiap pengorbanan ibu yang Melanesian dan membesarkan saya.

” Saya akan melakukan apa saja dan segala-galanya untuk ibu saya.” akhiri Hasif

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.