Connect with us

Semasa

“Emak Pergi Dulu” – Ibu Dan Anak Bongsu M4ut Dlm KmIangan, Dikebumi Saling Bersebelahan

Published

on

” Mak pergi dulu,”

Demikian ungkapan terakhir Rusnah Othman, 60, kepada anak keenamnya, Mohd Fitri Mohd Fazil, 26, sebelum m4ut selepas kereta dinaiki terbabas dan terhumban ke parit di Kilometer 119.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kepala Batas, malam tadi.

Dalam kmIangan jam 10.45 malam itu, Rusnah m4ut bersama anak bongsunya, Muhammad Ruszamil Mohd Fazil, 20, yang memandu Proton Exora dinaiki mereka lima sekeluarga.

Mohd Fitri berkata, ungkapan itu diucapkan arwh ibunya itu menerusi perbualan telefon sejurus sebelum bertolak dari Taiping kira-kira jam 8.50 malam semalam untuk menziarahi datuknya yang sakit di Sungai Petani.

Katanya, sebelum bertolak, arwh emak dan adik bongsunya bersama dua lagi abangnya, Mohd Fairus Mohd Fazil, 36, dan Muhammad Faizul Mohd Fazil, 30, serta anak saudaranya, Muhammad Faizureen Abdul Muhaimin, 2, singgah sebentar di rumahnya di Taman Kaya.

Katanya, bagaimanapun tiada orang di rumahnya ketika itu memandangkan dia bersama isteri serta anaknya bermalam di rumah mentuanya di Kuala Kangsar disebabkan urusan kerja.

” Pagi itu (semalam) saya sempat berjumpa dengan emak untuk menolongnya membaiki bateri kereta.

” Ketika itu memang dia nyatakan yang dia akan ke Sungai Petani petang nanti (semalam) untuk menziarahi datuk dan sempat juga saya bersalaman dan mengucup pipinya pagi itu.

” Kira-kira jam 8.50 malam, mereka singgah sebentar di rumah saya tetapi saya tiada di rumah.

” Arwh menelefon bertanyakan mengapa saya sekeluarga tiada di rumah dan mengakhiri panggilan dengan berkata “emak pergi dulu,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian dua beranak itu di Tanah Perkuburan Islam Sungai Mas di sini, 3.50 petang ini.

Dikebumi dikubur saling bersebelahan

Mohd Fitri berkata, biarpun reda dengan ketentuan itu dia tidak menyangka ungkapan terbabit petanda ibu serta adik bongsunya bakal pergi buat selama-lamanya.

” Selain agak rapat dengan saya, arwh adik (Muhammad Ruszamil) juga memang sangat rapat dengan emak memandangkan kedudukannya sebagai anak bongsu.

” Arwh adik memang sangat rapat dan mengutamakan emak dalam banyak perkara, tidak sangka keakraban mereka semasa hidup membawa sampai akhir hayat apabila dikebvmikan dalam kvbur yang saling bersebelahan,” katanya.

Katanya, manakala keadaan dua abang serta anak saudaranya yang turut terbabit dalam nahas itu kini semakin stabil.

Mohd Fitri berkata, nahas berlaku hanya beberapa hari selepas arwh emaknya pulang ke Taiping dari Sungai Petani untuk mengambil keperluan perubatan datuknya, iaitu sesudah lebih sebulan menemani datuk serta emak saudaranya.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.