Connect with us

Semasa

“Haziq Seorang ke Yg Hidup?”, Ibu Dan Ayah MeninggI Serentak, Keluarga Tak Sanggup Beritahu Hal Sebenar

Published

on

KmIangan yang mengakibatkan tujuh sekeluarga m4ut di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai dekat Ipoh, petang semalam, benar-benar meruntun jiwa ramai.

Mohd Zakri Mat Isa, 37 sebak menceritakan soalan diajukan anak saudaranya iaitu satu-satunya mngsa yang terselamat.

” Tak sampai hati saya nak mengiyakan hanya dia terselamat,” kata Zakri.

Mohd Zakri berkata, dia tidak tergamak untuk memberitahu apa yang berlaku kepada Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul, 9, yang dirawat di Zon Kuning Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Haziq kehilangan ibu bapanya iaitu Mohd Zairul Mat Isa, 34, dan Nuratiqah Abd Hamid, 30, selain adik perempuannya, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4.

Turut terkrban dalam kmIangan itu ialah sepupu Mohd Zakri iaitu Hasliza Mahmud, 40, serta suami, Zulkifli Shuib, 41, di samping ibunya, Fatimah Mat Isa, 68.

Selain itu anak kandung kepada Hasliza, Mohd Alif Firdaus, 3, turut m4ut dalam nahas itu.

Mohd Zakri berkata, kira-kira 5 pagi tadi, Muhammad Haziq Zikri terjaga sambil bertanya di mana nenek dan ibu bapanya ketika itu.

Soalan Haziq yang meruntun hati ramai

” Saya tak sanggup mengiyakan bila dia bertanya kepada saya: “Paklang, kiranya Haziq seorang sajalah yang hidup?”

” Kemudian saya tanya dia (Haziq) siapa memberitahunya.

” Katanya ‘Cik Sara’ iaitu makciknya yang beritahu ibu bapa serta adiknya m4ut dalam kmIangan itu,” katanya.

Katanya, kjadian berlaku ketika dua sekeluarga itu yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari bercuti di Cameron Highlands.

Dia berkata, dua keluarga itu sememangnya jarang berjalan jauh untuk melancong dan selain bermalam semalaman di Cameron Highlands sehari sebelum kjadian, mereka sempat juga berkunjung ke Pulau Pangkor dan bermalam di pulau itu semalaman bermula Ahad lalu.

” Selalunya mereka hanya bercuti di kawasan yang dekat dengan kampung di Serdang, Kedah seperti Pulau Pinang. Tidak pasti menyambutnya di mana namun memang arwh Mohd Zairul dan isterinya baru menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 3 Ogos lalu.

” Malah kereta yang dinaiki mereka pun kereta yang dipinjam dari kenalan.

” Saya tahu mengenai nahas itu 7.30 malam melalui kakak kepada Hasliza yang menyedari ins1den itu melalui berita di media massa,” katanya.

Mohd Zakri berkata, sementara ibunya, Fatimah yang turut m4ut dalam kmIangan itu tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh selain daripada sempat tidur bersama cucu-cucunya di rumahnya serta rumah abang ketika menyambut Aidiladha lalu.

” Ibu juga kelihatan sentiasa ceria sejak kebelakangan ini. Ada juga dia meninggalkan pelbagai pesanan kepada kami,” katanya.

Dia berkata, jnzah tujuh sekeluarga itu akan dihantar pulang ke Kampung Badlishah, Serdang, Kedah, selepas selesai proses b3dah siasat dan akan dis3madikan dalam satu li4ng l4had.

Muhammad Haziq Zikri yang terselamat ptah tangan kanan, sementara dua beradik iaitu anak kepada Hasliza, iaitu Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan abangnya yang dikenali sebagai Apit berusia 16 tahun, c3dera p4rah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.