Connect with us

Semasa

Ibu Ali Puteh Dikejarkn ke Bahagian Kecemasan Hspital Selayang Dan Ini Keadaan Terkini. Mohon Semua Doakan

Published

on

Perkongsian terbaru pelawak Ali Puteh yang berkongsi gambar ambulans di Instagram semalam telah menarik perhatian peminatnya.

Dalam entri itu Ali memaklumkan ibunya dibawa ke Hspital Selayang dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan ibunya.

Difahamkan ibu kepada pelawak Ali daripada kumpulan Puteh iaitu Sabariah Arshad dimasukkan ke Hspital Selayang, Selangor kerana ser4ngan asma pada malam Khamis.

Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut memaklumkan ibunya kini ditidurkan dan perlu menggunakan alat bantuan pernaf4san.

” Salam Jumaat penghulu segala hari, emak dikejarkan ke bahagian kecem4san Hspital Selayang sebab semput semalam (Khamis).

” Sekarang masih di hospital… mak ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan. Semoga mak kuat dan terus kuat,” katanya menerusi Instagram.

Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik foto memperlihatkan sebuah ambulans yang dinaiki ibunya.

Sementara itu, adik kepada Allahyarham Abam ini memohon orang ramai mendoakan kesihatan ibunya itu agar cepat sembuh dan pulih seperti biasa.

” Doakan buat mak semoga semuanya kembali sedia kala… Allah uji tanda Allah sayang, segala puji bagi Allah.

” Doakan buat mak ya! Amin,” ujarnya.

Ali berkongsi mengenai perkembangan ibunya itu menerusi Instagram.

Sementara itu, orang ramai masih teringat dengan wajah sayu ibu Ali Puteh ketika awal pemergian anak tersayangnya, Allahyrham Abam Bocey.

Menurut Ali ketika itu, ibunya mengalami kesukaran untuk tidur kerana terkenangkan Allahyrham.

” Keadaan ibu sekarang macam biasa la, dia masih lagi terkenangkan arwah Abam. Waktu siang, dia boleh berborak-borak la juga.

” Tapi bila waktu malam saja, dia susah tidur dan akan berborak mengenai arwah sampai la pukul 3, 4 pagi baru boleh tidur.

Ali turut menjelaskan ketika awal pemergian Abam, dia sekeluarga termasuk isteri dan anak-anak tinggal bersama ibu pada setiap malam mereka akan menemani ibu Allahyrham tidur.

” Walaupun saya sendiri pun masih lagi belum dapat terima hakikat itu tapi terpaksa juga kuat demi ibu,” kata Ali ketika pada Februari lalu.

Reaksi warganet

Dalam pada itu, rata-rata pengikut mendoakan supaya wanita berusia 63 tahun ini diberikan kesembuhan segera.

” Allahuakbar… sayu tengok wajah makcik, semoga dijauhi dari segala kesulitan dan kesakitan. Amin!

” Sabar bro dengan dugaan ini, emak saya pun tak berapa sihat juga… semoga Allah beri kesembuhan buat ibu-ibu kita dan mereka-mereka di luar sana yang juga kurang sihat,” komen Sam.

” Saya doakan semoga diberikan kesembuhan & dipermudahkan segala urusan bang ali sekeluarga..” komen Izhar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.