Connect with us

Semasa

Ibu Hilang 3 Anak Serentak. Identiti Tiga Kanak-Kanak M4ut KmIngan di Lebuhraya PLUS Dikenal Pasti

Published

on

Terkini, polis mengenalpasti identiti tiga kanak-kanak lelaki yang m4ut dalam kmIangan membabitkan sebuah kenderaan dan dua lori di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, petang tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah, mangsa yang m4ut ialah Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1.

Mohamed Nordin berkata, ibu mangsa, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, cedera p4rah manakala dua pemandu treler dan lori tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya lagi, polis menerima maklumat berhubung kejadian kmIangan yang membabitkan treler, lori dan Perodua Axia pada jam 3.50 petang.

Difahamkan kmIangan pertama berlaku di antara dua treler di lorong kiri jalan yang membabitkan kes langgar belakang.

” Pihak PLUS yang datang meronda di lokasi kmIangan memberi bantuan serta kawalan lalu-lintas dan tiba-tiba datang Perodua Axia dari arah sama di lorong kanan lalu hilang kawalan dan berpusing melanggar di belakang treler membawa muatan elektronik yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Pulau Pinang.

” Keempat-empat mangsa tersepit, ibu cedera p4rah manakala tiga anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya sambil memaklumkan ibu mangsa masih dirawat di wad kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Menurutnya, punca kmIangan berpunca daripada Perodua Axia terbabas sendiri lalu melanggar belakang treler yang berada di lorong kecemasan.

Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan pada jam kira-kira 3 petang esok.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tiga kanak-kanak m4ut, manakala seorang wanita p4rah dalam kmIangan jalan membabitkan sebuah kereta dan dua lori di Kilometer 272.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, Simpang Pulai di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.01 petang.

” Anggota yang ke lokasi mendapati kmIangan itu membabitkan kereta Perodua Axia dan dua buah lori.

” Kami difahamkan kedua-dua lori berkenaan bergesel sesama sendiri dan berhenti di laluan kecemasan sebelum kereta terbabit melanggarnya.

” Tiga kanak-kanak lelaki yang berada dalam kereta terbabit m4ut di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan kemudian menyerahkan mangsa yang m4ut di lokasi kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

” Mangsa yang p4rah pula dikejarkan ke hospital menggunakan kenderaan EMRS,” katanya.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.