Semasa
Ibu Najib, Tun Rahah MeninggaI Dunia di Usia 87 Tahun. Ini Biografi Allahyarhamah Yang Ramai Tidak Tahu


” Tiada kata-kata untuk kehilangan ini.”
Ibu kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak, iaitu Tun Rahah Mohamed Noah, meninggI dnia pada Jumaat petang.
Allahyrhamah menghembvskan nfas trakhir di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, pada usia 87 tahun.
Najib menerusi posting terkini di laman Facebook beliau turut berkongsi kesedihan atas kehilangan ibu tercinta.
” Innalillahwainnailaihirojiun. Bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” katanya dalam posting berkenaan.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah adalah antara individu kenamaan yang menziarahi Allahyrhamah pada Khamis.
Allahyrhamah Tun Rahah dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1933.
Almarhum bapanya Tan Sri Haji Mohammad Noah Omar adalah salah seorang pengasas Umno dan menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat yang pertama.
Allahyrhamah berkahwin dengan Tun Abdul Razak pada 4 September 1952.
Pasangan ini dikurniakan lima anak lelaki, termasuk bekas pengerusi CIMB, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak; Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam dan Datuk Mohamed Nazim.
Biografi Allahyrhamah
Allahyrhamah Toh Puan Hajah Rahah binti Tan Sri Dato’ Haji Mohamed Noah (11 Jun 1933 – 18 Disember 2020) ialah balu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein dan ibu kepada bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib.
Beliau ialah anak kepada Allahyrham Tan Sri Mohamed Noah Omar, bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Rahah dilahirkan pada 11 Jun 1933 di Muar, Johor. Beliau ialah anak bongsu daripada sepuluh beradik dan anak kepada Mohamad Noah Omar.
Semasa bersekolah di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru, Rahah diperkenalkan kepada Abdul Razak Hussein yang pada ketika itu sudah menjadi ahli aktif parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) oleh Taib Andak, rakan kepada Abdul Razak semasa belajar di London. Abdul Razak dan Rahah berkahwin pada 4 September 1952.
Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970. Sebagai pasangan perdana menteri, Rahah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan penaung Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi).
Pada tahun 1976, suami beliau meninggI dnia, meninggalkan Rahah menjadi balu pada usia 43 tahun.
Rahah ialah canselor Universiti Tun Abdul Razak, universiti yang ditubuhkan untuk memperingati jasa suaminya.
Oleh kerana Abdul Razak ialah perdana menteri yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Republik Rakyat China, semua duta besar China membuat kunjungan hormat kepada Rahah setelah tiba di Malaysia.
Dalam satu temu bual bersama Rahah pada tahun 2011, beliau berkata bahawa beliau menghabiskan sebahagian besar masanya menghadiri kelas agama bersama dengan rakan-rakan.
Rahah meninggI dnia pada 18 Disember 2020 di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur pada usia 87 tahun.
Sumber:wikipedia
-
Semasa9 months ago
Sanggup Datang Dari Jauh, Luahan Jutawan Azlan Al-Amin Datang Bayar Denda Adik Nursahira
-
Viral9 months ago
Demi Beg Sekolah Percuma, Ibu Sanggup Redah Naik Motor Buruk Sambil Bawa Tiga Anak Kecil
-
Semasa9 months ago
Ibu Kerja Tukang Cuci Dan Tinggal di Flat Ketika Zaman Kecil, Kisah Tentang Dr Noor Hisham Mula Didedahkan
-
Semasa9 months ago
“Ketika Jururawat Sedikit Membongkok, Saya Terpandang Sesuatu”. Jemaah Tabligh Mula Buka Cerita
-
Semasa9 months ago
Tak Berguna Satu Sen Pun Kepada Umat, Lebih Kamu M4ti Dari Nyusahkan Orang – Ust Ahmad Husam
-
Semasa9 months ago
Sudah Sembilan Positif, Di Istana Hanya Tinggal Saya Sekeluarga Dan Tiga Pembantu – Tunku Azizah
-
Semasa9 months ago
Akan Dibawa Masuk Secepat Mungkin, KKM Sahkan Sudah Ada Ubat Untuk Rawatan COVlD-19
-
Semasa9 months ago
Merayu Diberi Makanan, Polis Dedah Identiti Pelancong Asing Pegang Kadbod Sebenarnya Bukan Calang-Calang