Connect with us

Semasa

Lemas Terperangkap Kereta Jatuh Sungai. Rupanya Mangsa Adalah Guru Besar, Identiti Sudah Dikenalpasti

Published

on

Menyayat hati apabila may4t lelaki berusia 50-an ditemui terperangkap dalam sebuah kereta Toyota Vios yang terjunam ke dalam sungai di Jalan Kampung Lama, Jitra, hari ini.

Difaham may4t lelaki itu berjaya dinaikkan ke tebing dengan bantuan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.57 pagi.

Beliau berkata, pasukan anggota BBP Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Safiron Sudin tiba pada 7.05 pagi.

” Operasi disertai enam anggota dan dua jentera termasuk EMRS dari balai berkenaan.

” Sebaik tiba di lokasi, kereta Toyota Vios itu masih berada dalam sungai berkenaan dan dipercayai terbabas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, mngsa ketika itu terperangkap dalam kereta dan usaha mengeluarkannya dilakukan tidak lama kemudian.

Beliau berkata, sebuah kren digunakan untuk mengangkat kereta itu dan mengeluarkan mngsa yang terperangkap di dalamnya.

” Mngsa berjaya dikeluarkan kira-kira dua minit selepas kereta ditarik naik ke tebing.

” Mngsa disahkan meninggI dnia oleh pegawai kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Rupanya ini identiti mngsa

Terkini, pemandu Toyota Vios ditemui l3mas selepas keretanya terjatuh ke dalam sungai di Kampung Lama, Jitra, hari ini disahkan sebagai Mohamad Noor Ismail.

Mngsa berusia 57 tahun itu adalah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tandop Besar, Kuala Nerang.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, mngsa menetap di Taman Seri Aman, Jitra dan memandu kereta seorang diri ketika kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mngsa dipercayai dari arah bandar Darulaman menghala ke Malau dan sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mngsa hilang kawalan lalu terlanggar penghadang jalan.

” Berikutan itu, kereta mngsa terjatuh ke dalam sungai. Hasil bantuan bomba, kereta itu dikeluarkan dari sungai dan hasil pemeriksaan mendapati mngsa masih berada dalam kereta.

” Mngsa disahkan meninggI dnia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik Hspital Jitra sebelum dihantar ke Hspital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tujuan bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Portal berita Harian Metro hari ini melaporkan may4t seorang lelaki ditemui dalam sebuah kereta Toyota Vios yang terbabas dan terjunam ke sungai di Kampung Lama.

May4t lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra sebelum diserahkan kepada polis.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.