Connect with us

Semasa

Ingatkn Isteri KmIngan Biasa Je, Tapi Bila Smpai Hspital Luluh Hati Suami Lihat Sekujur Tubuh Tidak Bernyawa

Published

on

” Baru malam tadi kami bercakap melalui telefon, dia bersungguh-sungguh menyatakan rasa rindu dan sayang pada saya,”

Itu kata-kata Mohd Shaipul Rizam Muhamad, 29, suami kepada mngsa kmIangan m4ut di Jalan Pasir Mas-Meranti, Kampung Pohon Buloh, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, Noriza Zakaria, 28, meninggI dnia akibat dirempuh Perodua Alza yang terbabas ketika mngsa sedang membeli daging di gerai di bahu jalan.

Peniaga daging iaitu seorang lelaki warga emas pula dilaporkan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Mohd Shaipul yang bekerja sebagai tukang rumah di Kedai Lalat, Kota Bharu, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada ibu mentua yang memberitahu bahawa isterinya terbabit dalam kmIangan jalan raya.

” Saya tidak dimaklumkan bahawa dia sudah meninggI dan menyangka ia hanya kmIangan biasa, namun luluh hati saya apabila sampai ke Hospital Pasir Mas (HPM) hanya sekujur tubuh tidak berny4wa yang saya lihat.

” Tak sangka perbualan kami malam tadi adalah panggilan terakhir isteri.

” Sejak kebelakangan ini dia agak manja kerana kami memang berjauhan memandangkan saya berkerja dan tinggal di Kota Bharu. Namun, biasanya saya pulang ke rumah dua kali seminggu.

” Sejujurnya perit untuk saya menerima kenyataan ini selepas hampir sembilan tahun kami mendirikan rumah tangga bersama.

” Namun saya reda dan terus kuat demi dua anak kami berusia lapan dan dua tahun,” katanya ketika ditemui di Unit Jabatan Forensik HPM, di sini, hari ini.

Mohd Shaipul mengakui risau dengan keadaan dua anaknya yang pasti merindui ibu mereka terutama anak kedua, Muhammad Danish Hakimi, 2, yang tidak pernah berenggang dengan isterinya.

Katanya, jnazah akan dikebvmikan selepas solat Isyak di Tanah Perkvburan Islam Kampung Machang Gochoh, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, berdasarkan siasatan awal, kmIangan berpunca daripada pemandu Perodua Alza yang hilang kawalan lalu merempuh kedai serta mngsa di bahu sebelah kanan jalan.

” Mngsa dibawa ke HPM untuk dibedah siasat dan mengalami kecederaan teruk di perut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.