Connect with us

Semasa

Isteri Hairan Arwh Suami Tiba-Tiba Tanya Soalan Ini, Beberapa Hari Sebelum Maut Dalam KmIangan

Published

on

” Arwh suami sejak dua minggu lalu, turut membeli pelbagai barangan baru bagi keperluan isteri serta keluarga seperti sejadah, permaidani dan mesin basuh.

Itu kata-kata Siti Rokiah Mohd Nor, 28, yang menceritakan kenangan ditinggalkan Allahyrham suaminya Lans Koperal Shahrul Azwan Abdul Saim, 28. yang m4ut dalam kmIangan.

Menurut Rokiah, suami ada menyatakan padanya, selepas ini mungkin dia tidak sempat membeli pelbagai barangan buat keluarganya lagi.

” Shahrul Azwan juga sempat menempah kereta MyVi berwarna biru sebagai hadiah sempena ulang tahun ke-4 perkahwinan kami. Ia sudah diluluskan institiusi kewangan dan dijangkakan menerima kereta itu pada awal Oktober ini.

” Arwh sebenarnya sudah menunjukkan pelbagai petanda luar biasa tetapi kami sekeluarga tidak terlalu mengambil endah dan anggap ia hanya gurauan,” katanya

Arwh suami tanya soalan pelik

Malah Rokiah turut memberitahu arwh suaminya ada bertanya satu soalan kepadanya beberapa hari sebelum m4ut dalam kmIangan awal pagi semalam.

” Awak betul-betul ke sayang saya?,” itu yang ditanya Allahyrham Shahrul kepada isterinya.

Tambah Siti Rokiah, dia berasa hairan dengan pertanyaan Allahyrham itu kerana dia tidak pernah berbuat demikian dan beranggapan ia gurauan daripada suaminya yang dikenali sejak di bangku sekolah pada tahun 2005.

Siti Rokiah berkata demikian ketika ditemui di Taman Melodi, Jementah di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat

Sempat belikan sejadah untuk keluarga

Sementera itu bapa Allahyrham Shahrul, Sarjan Operasi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Abdul Saim Pajaldin, 54, berkata, 10 hari lalu, anaknya ada membeli dua sejadah bagi kegunaan keluarga.

” Dia turut membeli mesin basuh baharu, beberapa helai permaidani dan mengecat kediamannya supaya kelihatan kemas sejak dua minggu lalu.

” Shahrul turut menyatakan hasrat untuk membeli rumah di kawasan kampung halamannya di Jementah, bagi kemudahan isterinya namun tidak kesampaian,” katanya.

Ibu Allahyrham, Aida Ahmad, 52, ketika ditemui berkata anaknya itu disifatkan sebagai seorang anak juga suami yang penyayang dan bertanggungjawab.

” Dia kerap menyisir rambut saya dan memicit jerawat di muka suami jika dia pulang ke kampung tetapi selepas ini tiada lagi kenangan itu bersamanya” katanya.

Kira-kira 2 pagi kelmarin, Lans Koperal Shahrul Anwar, anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) KL, yang juga pengawal pengiring rapat Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, menunggang motosikal Yamaha 135LC biru dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas.

Ketika melalui Jalan Sungai Besi menghala Kuala Lumpur, mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi di bahu kiri jalan menyebabkan kecederaan parah pada leher yang mengakibatkan dia m4ut dalam kejadian itu.

Seramai 80 ahli keluarga dan kenalan turut hadir di majlis pengkebvmian Tanah Wakaf Perkubvran Islam Kampung Paya Jakas di Jementah selepas solat Zohor disini, semalam.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.