Connect with us

Semasa

Isteri Pengsan Beberapa Kali Ketika Menunggu Jnazah Suami Dan Anak, Air Mata Tidak Henti Mengalir

Published

on

Pengsan beberapa kali sepanjang tempoh menunggu jnazah suami dan anaknya, bersama air mata yang tidak henti mengalir hingga perlu ditenangkan keluarga.

Begitu keadaan Siti Hawa Mohd Sebari, 30, yang hilang dua insan kesayangan serentak dalam kmIangan di simpang tiga Jalan Gong Badak berhampiran Taman Perumahan Mega, Kuala Nerus, dekat sini, jam 7 malam kelmarin.

Leftenan Maritim Md Firdaus Omar, 35, dan anak sulungnya, Muhammad Lutfil Al-Hadi, 8, meninggI dnia di tempat kejadian kerana keced3raan p4rah dialami.

Kehilangan mengejut itu bukan hanya memilukan Siti Hawa, bahkan ahli keluarga dan kenalan arwh yang berkumpul di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mengurus jnazah sebelum dibawa pulang ke Kota Tinggi, Johor untuk pengebvmian.

Menurut bapa Md Firdaus, Omar Endut, 71, kehilangan itu sukar diterima apatah lagi, dia sendiri tidak pernah berpisah dengan arwh sejak kecil hinggalah anaknya menyertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 2008.

” Tapi hari ini (semalam) kami berpisah buat selama-lamanya. Dia anak yang sangat bertanggungjawab kepada keluarga,” katanya yang tetap reda dengan qada dan qadar Allah SWT.

Omar berkata, Allahyarham sangat menyayangi Muhammad Lutfil dan banyak menghabiskan masa bersama kanak-kanak itu ketika pulang bercuti di rumah keluarga di Tambun, Perak, mahupun keluarga mentua di Felda Adila, Kota Tinggi.

Sementara itu, bapa mentua arwh, Mohd Sebari Kobon, 72, berkata, pemergian menantu dan cucunya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap keluarga.

Katanya, Muhammad Lutfil pula disifatkan cucu yang menghormati orang tua serta rajin membaca al-Quran.

Jnazah dua beranak itu dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Terengganu sebelum dihantar ke Kota Tinggi dengan van jnazah maritim untuk disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Adila.

Mahu hantar anak pergi kelas mengaji

Terdahulu, Allahyrham Md Firdaus dan anaknya m4ut dalam kmIangan membabitkan dua kenderaan di simpang tiga Jalan Gong Badak berhampiran Taman Perumahan Mega, Kuala Nerus, pada Rabu.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Leftenan Maritim Md Firdaus Omar, 35, dan anak sulungnya, Muhammad Lutfil Al-Hadi, 8, meninggI dnia di tempat kejadian akibat p4rah pada anggota badan.

Difahamkan, mngsa yang bertugas di Ibu Pejabat APMM Terengganu dalam perjalanan menghantar anaknya ke kelas mengaji dari rumah mereka di Gong Badak dengan menunggang motosikal jenis Honda Vario.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mngsa dikatakan keluar dari simpang sebelum dirempuh Proton Preve dipandu lelaki berusia 38 tahun.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.