Connect with us

Semasa

Dua Hari Tidak Pulang ke Rumah, Abang Pilu Jumpa Jasad Adik Terapung di Gigi Pantai

Published

on

Usaha dua abang mencari adik mereka yang menghidap sakit mentaI selepas hilang dua hari, berakhir dengan pilu apabila m4yat lelaki itu ditemukan lemas di pantai Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru dekat Alor Gajah.

Dalam kejadian 5 petang semalam, m4yat Mohd Zaidi Zainol, 42, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat terapung di pantai kampung berkenaan kira-kira 500 meter dari kediamannya.

Abang mngsa, Murad, 45, berkata dia dan adiknya, Amran, 44, mencari adik mereka apabila dia tidak pulang ke rumah selepas keluar kira-kira jam 5 petang, Sabtu lalu.

” Kami tinggal bertiga selepas arwh ibu meninggI dunia pada 2013 manakala arwh ayah meninggalkan kami semasa kami masih kecil dan arwh Mohd Zaidi selalu keluar rumah tetapi dia pandai mencari jalan pulang.

” Selepas puas mencarinya sejak petang Sabtu lalu, Amran membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru pada keesokannya dan kami tidak putus asa terus mencarinya bersama pasukan mencari dan menyelamat,” katanya ketika ditemui di kediamannya di kampung itu hari ini.

Jumpa myat terapung di gigi pantai

Dia berkata, sebelum ini arwh Mohd Zaidi tidak pernah tidak pulang dan paling lama dia meninggalkan kediaman adalah antara tujuh hingga lapan jam dan lazimnya arwh pulang pada waktu senja.

Murad berkata, pasukan berkenaan yang disertai polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Rela menemukan m4yat adiknya terapung di gigi pantai sebelum membawanya naik ke pantai kira-kira 5 petang semalam.

” Kami tidak sangka arwh keluar rumah dalam keadaan berkain pelekat tanpa baju rupa-rupanya ingin mandi laut sedangkan sebelum ini arwh amat jarang mandi laut.

” Arwh tidak pandai berenang dan selama ini pun, kami amat jarang melihat dia mandi laut sama ada di pantai ini, pantai Kampung Pengkalan Balak atau Kampung Sungai Tuang yang berjiran dengan kampung kami,” katanya.

Jnazah dikebumikan di Tanah Perkburan Islam Kampung Telok Gong petang ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, bedah siasat mendapati punca kem4tian adalah akibat lemas.

” Tiada unsur jnayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut,” katanya.

Penduduk setempat kongsi pantai di sana memang tak selamat

Sementara itu menerusi ruangan komen di Facebook, rata-rata penduduk setempat berkongsi tentang keadaan pantai di situ yang menurut mereka tidak selamat.

Ia susulan terdapat projek galian pasir bersebelahan dengan pantai yang menjadi tempat kunjungan orang ramai, sama ada penduduk setempat mahupun orang luar yang datang berkelah.

” Pantai kita dah kurang selamat, airnya dalam sejak galian pasir untuk kerja-kerja tambakan di Melaka. Yang berkelah tu, pandai-pandai jaga diri.” tulis Huan

” Terutama Pantai kundur dan pantai puteri memang tak sesuai untuk mandi-mandi. dalam air sekarang tak boleh dijangka akibat macam-macam projek laut” komen Syam

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.