Connect with us

Semasa

“Ketika Jururawat Sedikit Membongkok, Saya Terpandang Sesuatu”. Jemaah Tabligh Mula Buka Cerita

Published

on

Beribu-ribu orang dilaporkan sudah dijangk1ti wab4k pandemik Cov1d-19 di Malaysia sejak kes pertama dikesan 25 Januari lalu membabitkan pelancong China ke negara ini,

Dari jumlah itu ratusan daripada pesak1t itu sudah sembuh, keluar wad serta pulang ke rumah masing-masing selepas dirawat di hospital tempatan.

Bukan mudah menghadapi tekanan akibat dijangk1ti virvs berkenaan lebih-lebih lagi berhadapan stigma negat1f segelintir masyarakat khususnya kluster tabIigh yang ketika ini diperkatakan.

Harian Metro menemu bual seorang daripadanya selain mengumpulkan dua status bekas pesak1t Cov1d-19 dari kalangan kluster tabIigh sudah sembuh sepenuhnya yang dikongsi mereka di akaun media sosial Facebook (FB).

Beberapa perkataan atau ayat diubah mengikut laras bahasa sesuai.

Muntaha Abdullah, 46

” Nak cerita pengalaman bersama staf dan frontliners (barisan hadapan) semasa dirawat di HSB. Untuk pengetahuan semua, HSB adalah hospital di Selangor yang dikhususkan merawat pesakit Cov1d-19. Menurut maklumat seorang daripada jururawat di situ, asalnya dia adalah jururawat bertugas di Wad Bersalin.

Beliau berkata, sebelum kes pesak1t Cov1d-19 mula ditempatkan di situ, pihak pengurusan hospital sudah memindahkan terlebih dahulu pesakit bukan kes Cov1d-19 ke hospital yang lain. Kemudian, HSB dikhususkan untuk menempatkan pesak1t Cov1d-19 disahkan posit1f atau berkemungkinan besar adalah posit1f.

Sebagaimana yang kita selalu lihat di media massa, semua frontliners (barisan hadapan) di hospital khususnya doktor, jururawat, paramedik dan semua staf di wad diwajibkan memakai pakaian khas peralatan perlindungan diri (PPE) apabila berhadapan pesak1t-pesak1t berjangkit dan berbahaya seperti virvs Cov1d-19 ini.

Pakaian atau sut ini memang memenuhi standard piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kita yang bukan staf di hospital ini memang tak pernah merasa betapa seksanya mereka yang terpaksa memakai sut sebegini.

Pernah pada suatu hari semasa berada di wad, seorang jururawat datang ke bilik kami untuk buat check-up (pemeriksaan) rutin. Dia mengambil suhu badan, tekanan dar4h dan denyutan nadi. Bergerak dari satu katil ke satu katil sambil membawa peralatannya.

Saya memang sudah bersedia di katil. Apabila dia menghampiri, saya segera menghulurkan sebelah tangan. Dalam hati berbicara ‘Hurmm…check lagi…’

Namun, sewaktu dia menjalankan tugas dalam keadaan badan sedikit membongkok, saya terpandang sesuatu. Di sebalik perlindungan plastik (shelter) di mukanya, terlihat titik-titik peluh di dahinya.

Jarang sekali saya melihat ke arah muka jururawat sebegitu. Kalau tengok pun, sekali imbas saja. Tetapi pada hari itu seolah-olah Allah sengaja memperlihatkannya di depan mata.

Perasaan terus tersentap. Ya Allah…dalam bilik berhawa dingin boleh berpeluh, apatah lagi staf lain yang di luar sana? Saya cuba membayangkan keadaan mereka seketika. Dalam keadaan panas di luar sana, mereka sanggup pakai sut itu berjam-jam!

Sudahlah berjam-jam pakai sut yang memerap peluh, kena kerja lebih masa pula. Ada yang sampai lebih 12 jam, 14 jam dan ada yang sampai 16 jam! Sehingga ada yang keletihan sampai jatuh pengsan!

Tiada masa cukup untuk beribadat, bersama keluarga dan buat aktiviti lazim kita buat di rumah. Sehingga ada petugas yang hanya memandang anak dari jauh kerana takut tersebar virvs kepada ahli keluarga. Itu belum kira lagi risiko mereka mungkin terjangkit virvs Cov1d–19 dari pesakit pula.

Kami, bekas pesak1t yang menyaksikan kegigihan mereka menjadi barisan hadapan dalam berhadapan pesakit Cov1d-19 ini cukup terharu dengan khidmat cemerlang warga kerja KKM khususnya.

Tidak ketinggalan juga, ucapan terima kasih ini kami ucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Juga kepada semua pihak terbabit dalam operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertungkus-lumus membantu kerajaan dalam usaha mengekang penularan wab4k Cov1d-19 ini daripada terus merebak dan meragut nyawa. Syabas utk anda semua. We proud of you! (Kami bangga dengan anda)

Dan demi menjayakan hasrat ini, tiada pesanan lain dari saya melainkan STAY AT HOME, PRAY AT HOME! (Duduk di rumah, doa di rumah).

Amir Hamzah Bechik, 37

” Kami minta maaf atas segala kesulitan kepada seluruh rakyat Malaysia , kalau kami tahu perkara ‘ghaib’ kami tidak akan pergi ke Seri Petaling tetapi kami seperti mangsa lain hadir ke sana hanya untuk mendengar ceramah.”

Demikian luahan jemaah tabIigh, Amir Hamzah Bechik, 37, yang juga bekas pesak1t Cov1d-19 yang kini sudah pulih sepenuhnya.

Dia disahkan posit1f virvs itu selepas menghadiri perhimpunan Ijtimak di Masjid Seri Petaling pada 29 Februari lalu.

Bapa kepada dua anak itu berkata, apa yang terjadi sudah ditetapkan Allah SWT yang memilihnya untuk menempuhi ‘ujian’ daripada-Nya.

” Tiada siapa mahu sakit, kalau kami tahu dengan pergi belajar ilmu agama di masjid itu boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan kami, pastinya kami tidak pergi.

” Tetapi kami juga seperti orang lain, kami tidak tahu dan tidak nampak perkara ghaib, jadi berhentilah menyalahkan jemaah tabIigh sebagai punca penularan wab4k ini, kami juga pesak1t tetapi jangan sesekali melabelkan kami sebagai penyebab virvs ini di Malaysia,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut, Amir Hamzah berkata, dia hanya menghadiri perhimpunan itu selama satu jam untuk mendengar ceramah antara waktu Maghrib dan Isyak.

” Saya memilih untuk tidak tidur di sana, jadi saya hanya pergi selama sejam. Bagaimanapun, kecoh seketika mengatakan jemaah tabIigh dari Brunei posit1f virvs ini selepas menyertai perhimpunan berkenaan.

” Saya hanya mengetahuinya pada 10 Mac dan dua hari kemudian membuat saringan kesihatan di Klinik Kesihatan Batu 14 bersama keluarga,” katanya.

Menurutnya, dia dan anaknya yang menyertai perhimpunan itu dibawa ke Hospital Ampang untuk melakukan ujian swab sebelum disahkan posit1f virvs itu pada 16 Mac lalu.

” Saya dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) dan dirawat selama lima hari sebelum keputusan ujian kedua mendapati saya negat1f virvs berkenaan.

” Ahli keluarga yang lain bebas virvs berkenaan kecuali ibu yang disahkan posit1f berikutan kontak rapat saya. Alhamdulillah ibu juga sudah sembuh dan keluar hospital pada 31 Mac lalu,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mengalami sebarang simptom kecuali batuk berikutan memang mempunyai penyakit asma.

” Ketika dirawat di hospital kebanyakan daripada kami kerap bertahajud diikuti selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, membaca al-Fatihah tiga kali dan mengamalkan surah al-Ikhlas (3x).

” Selain itu, saya mengamalkan membaca zikir penerang hati sebanyak 313 kali, selawat satu kali kemudian hembus pada air dan minum. Selepas itu saya membaca surah At-Taghaabun, semoga ini juga menjadi amalan buat pesak1t lain,” katanya.

Akuinya, rawatan dan layanan yang diterima di HSB sangat baik.

” Kami terhutang budi kepada pasukan barisan hadapan yang merawat kami, semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, dia memahami perasaan semua rakyat Malaysia khususnya penduduk yang terhalang aktiviti harian mereka disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

” Kami pun tidak inginkan perkara sebegini, tetapi sebagaimana musibah yang lainnya seperti banjir dan kebakaran apabila berlaku kita semua rakyat perlu bersatu hati dengan saling membantu,” katanya.

Saiful Azam

” Perit. Itulah perkataan yang mungkin boleh menggambarkan perasaan saya sebagai seorang pesak1t Cov1d-19 tanpa simptom.

Biarpun kini menjalani kuarantin di bilik rumah seorang diri (dengan syarat ketat seperti di wad), namun ia sangat melegakan perasaan kerana dapat tinggal sebumbung dengan ahli keluarga.

Tempoh 14 hari yang dilalui di Wad 30 HSB benar-benar menguji ketahanan minda dan perasaan.

Dengan persepsi sebagai seorang pesak1t Cov1d-19 biarpun tanpa sebarang gejala, tekanan menjadi bertambah kuat apabila terpaksa berjauhan dengan anak dan isteri yang tidak pasti apakah cukup makan minum mereka di rumah.

Hati menjadi semakin remuk apabila melihat seorang demi seorang rakan sama wad dibebaskan dari ‘penjara’ ini saban hari.

Diri terus menghitung hari yang mendatang seakan-akan tiada penghujungnya.

Bunyi pintu jeriji wad setiap kali dikunci dengan mangga menambah penderitaan mental diri ini.

Terkadang terlintas juga di fikiran untuk melompat keluar dan lari daripada kepungan ini, namun apabila memikirkan akibatnya, rancangan itu terpaksa dilontar jauh-jauh dari pemikiran.

Setiap kali ujian swab (calitan tekak) dibuat, debaran 24 jam seterusnya begitu terasa seperti menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jantung bergoncang kuat sehingga bergegar seluruh tubuh. Betapa luluhnya hati apabila doktor mengejutkan jam 5 pagi keesokannya hanya untuk membisikkan kalimat ‘Awak masih posit1f ye’.

Bagi yang tidak mengerti, kata-kata itu bukanlah membawa erti yang sama seperti dalam program motivasi, sebaliknya ia bermakna kehidupan di wad perlu diteruskan untuk sekurang-kurangnya empat hari lagi.

Maka hati harus terus tabah untuk mengulangi rutin harian untuk hari-hari berikutnya.

Biarpun kini sudah pulang, namun jauh di sudut hati ini amat merindui suasana solat berjemaah ‘semeter ’ setiap waktu di wad.

Buat frontliners (barisan hadapan), tiada kata-kata yang mampu diucapkan sebagai balasan buat budi baik kalian. Sanggup mempertaruhkan kehidupan berdepan secara langsung dengan makhluk yang tidak kelihatan ini.

Mengutamakan kami lebih daripada tanggungjawab kepada ahli keluarga masing-masing di rumah.

Moga Allah lindungi kalian sekeluarga sentiasa.”

Kredit 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.