Connect with us

Semasa

Kakak Direman 6 Hari Kes Adik M4ut Dibaling Pisau. Rmai Perasan Sesuatu Ketika Tertuduh Dibawa ke Mhkamah

Published

on

Seorang remaja perempuan ditahan reman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian membaling pisau ke arah adik lelakinya hingga m4ut di rumah mereka di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, semalam.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret, Nurmadiana Mamat selepas meluluskan permohonan dikemukakan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri.

Suspek berusia 18 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru, di sini kira-kira pukul 9.30 pagi dengan berpakaian baju lokap berwarna jingga.

Suspek yang masih bersekolah di tingkatan enam di sebuah sekolah di Gelang Patah, dekat sini itu ditahan reman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan dijalankan.

Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun m4ut selepas terkena pisau yang didakwa dibaling kakaknya dalam kejadian di Kampung Ulu Pulai.

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca perselisihan faham antara dua beradik itu yang berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Ramai perasan tertuduh kelihatan sugul manakala tiada ahli keluarga hadir

Sementara itu, remaja terbabit kelihatan sugul manakala tiada ahli keluarga hadir ke mahkamah.

Difahamkan ahli keluarganya sibuk berurusan di rumah mayat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sehingga selesai proses bedah siasat mangsa.

Semalam, media melaporkan mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggI dunia pada 2.30 petang dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh di sini.

Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Polis menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.15 petang semalam.

Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik.

Ibu mangsa mendakwa mangsa bergaduh dengan kakaknya berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke rumah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, hasil siasatan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan antara mangsa dan kakaknya.

Katanya, ibu mangsa mengatakan pada awalnya mangsa bergaduh dengan kakaknya disebabkan berebut tempat duduk dalam kereta semasa balik sekolah.

” Kakak mangsa berusia 18 tahun mengaku telah membaling sebilah pisau ke arah mangsa setelah diejek ketika masuk ke dalam rumah.” katanya.

Sumber:hmetr0

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.