Connect with us

Semasa

Kanak-Kanak M4ut Disyaki Didera Bapa Tiri, Wanita Mula Ceritakan Kelakuan Pelik Suami Barunya

Published

on

” Kebiasaannya suami saya seorang penyayang dengan anak tirinya dan sering bermain bersama.

” Cuma semalam dia pulang dalam keadaan tidak seperti orang normal dan kemungkinan mabuk dan tidak pasti apa yang berlaku sehingga anak sudah tiada,” kata ibu yang ingin dikenali sebagai Nany, 23.

Nany memberi reaksi itu selepas anak lelakinya M Varun berusia dua tahun m4ut dipercayai didera suami baharunya di sebuah pangsapuri di Kayu Ara, Damansara, semalam.

Menurutnya, dia berkahwin dengan suami baharunya berusia 26 itu sejak enam bulan lalu dan sepanjang perkahwinan mereka, lelaki itu tidak pernah mengasari anaknya.

Malah, katanya, jika dia ke tempat kerja, suaminya itu yang akan menjaga anak mereka dan selalu menyuap makanan dan menyediakan keperluan anaknya itu.

” Cuma semalam dia berperangai pelik, namun sebelum itu dia ada beritahu keluar bersama rakan-rakan untuk minum.

” Sebelum saya keluar 10.50 malam untuk membeli makan dia masih melayan anak dengan baik, namun sebaik pulang ke rumah 10 minit kemudian terkejut anaknya sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di kediamannya, hari ini.

Nany berkata, ketika kejadian itu, penyewa bilik ada di dalam rumahnya, namun dia tidak keluar walaupun dengar anak sedang menangis.

” Hanya video terakhir anak sedang makan coki yang diambil sekitar 7 malam tadi kini menjadi simpanan dan kenangan buat saya.

Suami bertanya betulkan dia yang melakukan perbuatan itu

” Tadi saya sempat bertemu suami selepas dia ditahan polis, malah dia menangis dan bertanya betulkah dia yang melakukan perbuatan itu,” katanya.

Dia yang berkerja swasta berkata, minggu lepas mereka bertiga sempat bercuti ke Johor dan Perak dan sepanjang perkahwinan suaminya tidak pernah bertindak ganas.

” Cuma semalam saya tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya dan saya reda atas apa yang berlaku cuma saya kemungkinan akan pulang ke kampung dan berhenti kerja,” katanya.

Penduduk, J Anthony, 53, berkata, mereka menyedari kejadian itu selepas terdengar ibu kanak-kanak terbabit menjerit sebelum dia bergegas ke rumah itu yang berada di tingkat 11.

” Pada waktu itu kami tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya tambahan tidak beberapa mengenalinya yang baru berpindah ke sini beberapa bulan lalu,” katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek ditahan pada 12.40 tengah hari ini di tepi jalan Lagoon Perdana Jalan PJS9/1 Subang Jaya.

” Suspek ditahan selepas 30 minit membuat pemantauan dan terlihat sebuah kereta Perodua Bezza warna biru berada di tepi jalan dan suspek berada di dalamnya.

” Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat bagi membantu siasatan,” katanya.

Nik Ezanee berkata, pihaknya turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat mengenai saspek dan kes ini berjaya diselesaikan kurang dari tempoh 24 jam.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.