Connect with us

Semasa

Kehadiran Pakar Dari China Sebenarnya Bukan Untuk Merawat Pesakit Tetapi Sebab Lain

Published

on

Kehadiran lapan pakar perunding perubatan dari China bukan untuk merawat pesak1t COVlD-I9 di negara ini tetapi berkongsi pengalaman dan penyelidikan mengenai virus baharu itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengalaman mereka selama dua bulan menangani pandemik COVlD-I9 di wilayah Hubei, China diharap membantu Malaysia dalam usaha mengekang penularan pandemik itu di negara ini.

” Kedatangan mereka untuk berbincang mengenai rawatan dan penyelidikan, bukan saja perkara positif tetapi mungkin ada perkara yang dilakukan mereka tidak berjaya buat kita belajar dan tidak mengulangi kesilapan sama.

” Dalam perbincangan ini, banyak isu kita bangkitkan mengenai kaedah rawatan pesak1t di wad dan ICU (unit rawatan rapi) dan juga penyelidikan pengesanan dan teknik tertentu sama ada menggunakan antigen dan sebagainya,”

Dr Noor Hisham berkata demikian dalam sidang media harian mengenai COVlD-I9 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, lapan pakar itu bukan datang membantu pasukan barisan hadapan merawat pesak1t COVlD-I9 tetapi berkongsi maklumat mengenai virus baharu terbabit.

” Virus ini baharu dan masing-masing tiada pengalaman mengenainya, tidak kira sama ada perkara negatif atau positif, kedua-duanya penting untuk kita.

” Kalau berjaya, kita akan teruskan usaha guna kaedah itu dan jika tidak berjaya, kita belajar daripada pengalaman supaya jangan ulangi kaedah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, penting bagi pihaknya mengetahui dan menambah pengetahuan mengenai virus baharu itu terutama cara ia merebak.

Lapan pakar itu adalah dari Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China Cawangan Guandong.

Mereka juga adalah pakar dari pelbagai bidang kepakaran dan dipilih oleh Suruhanjaya Kesihatan di Wilayah Guangdong.

Mereka pakar terbaik dipilih China

Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian berkata, mereka khusus dalam pelbagai bidang seperti penafasan, rawatan rapi, psikiatri, penyak1t berjangk1t, analisis data, virologi dan perubatan tradisional Cina.

” Mereka adalah antara pakar terbaik yang dipilih khas oleh China. Sebahagian daripada mereka pernah bertugas di wilayah Hubei.

” Pasukan ini akan berada di Malaysia selama dua minggu secara tentatif, mereka juga akan pergi ke Sabah dan Sarawak untuk berkongsi kepakaran mereka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Bai Tian berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia dan kakitangan perubatan negara bakal menerima manfaat daripada sesi pertukaran ini.

” Kami yakin akan usaha Malaysia dalam mencegah wabak COVlD-I9 dan kami berharap Malaysia akan memenangi perang ini tidak lama lagi.

” Ketibaan pasukan pakar perubatan ini sekali lagi melambangkan hubungan baik Malaysia-China bahkan ‘Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni’,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pasukan Pakar Perubatan terbabit Dr Li Jun terharu menerima sambutan mesra dari kerajaan Malaysia.

” Saya terharu dengan sambutan mesra oleh pihak Malaysia. Kami datang ke sini atas semangat layanan baik China kepada Malaysia.

” Kami akan menggunakan masa di Malaysia dengan sepenuhnya untuk membantu Malaysia mencegah COVlD-I9 bersama,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.