Connect with us

Semasa

Kem4tian Masih Belum Terbela, Keluarga Adib Mahu Saman PDRM. Ini Kata-Kata Bapa Adib

Published

on

Lebih setahun tujuh bulan pemergian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggI dnia pada pukul 9.41 malam di Institut Jantung Negara pada 17 Disember 2018.

Adib dipercayai ced3ra par4h akibat dipuk0l dalam insiden rus0han di KuiI Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Sejak itu pihak berkuasa telah memberi jaminan siasatan kem4tian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akan dilaksana secara berhati-hati dan profesional.

Namun sehingga hari ini, kem4tian anggota bomba itu masih belum terbela.

Keluarga Adib mahu saman PDRM

Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan mengambil tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kem4tian anggota bomba itu.

Bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata, kem4tian anaknya yang belum terbela menyebabkan mereka sekeluarga masih bersedih walaupun reda dengan pemergiannya itu.

” Saya kehilangan anak tetapi kem4tiannya masih belum terbela, jadi saya mahu menuntut ganti rugi, kami sekeluarga sungguh kecewa dan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

” Saya berasa perkara ini pelik, bagaimana Ketua Polis Negara membuat kenyataan bercanggah sedangkan Mahkamah Koroner sudah putuskan arwh meninggI dnia kibat perbuatan j3nayah,” katanya ketika dihubungi di Alor Setar hari ini.

Mohd Kassim yang juga pesawah berkata, keluarganya sangat berharap polis dapat mengenal pasti saksi dan menangkap pesalah yang memukul anaknya sehingga meninggI dnia.

Katanya, keputusan yang dibuat Mahkamah Koroner bukan satu perkara mudah dan ia mengambil masa lama kerana perlu memanggil saksi dan pakar tertentu.

” Kita sama-sama hormat keputusan mahkamah, tidak lagi perlu ungkit bagaimana anak saya menemui ajaI, sekarang masanya untuk mencari pesalah dan heret mereka ke mahkamah,” katanya yang tinggal di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

Isnin lalu, Abdul Hamid berkata, sehingga kini masih tidak ada saksi yang dipanggil memberi keterangan benar-benar melihat Adib dipuk0l.

Hamid berkata, kesemua keterangan yang diperoleh pihaknya bersifat dengar cakap dan juga pendapat.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rus0han ketika kekecohan di tapak KuiI Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nywa, Allahyarham menghemb0skan nfas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kem4tian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan j3nayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.