Connect with us

Semasa

Kes Bakar Tahfiz Ittifaqiyah: Selepas Keputusan Dibuat, Ini Kata-Kata Timb Pendakwa Raya Dalam Nada Sebak

Published

on

” Alhamdulillah kes sudah selesai. Kita terima keputusan mahkamah,” kata Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim dalam nada sebak.

Beliau mengendalikan kes pembunuhan 23 individu dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, hampir tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, pihak pembelaan memberitahu mahkamah mereka bercadang untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman.

” Kami terima keputusan mahkamah kerana kami sudah pun buat sebaik mungkin walaupun cuma seorang saja disabitkan dan seorang lagi tidak dapat dicamkan.

” Sekarang ini menunggu peringkat rayuan dalam masa 14 hari,” katanya ditemui selepas keputusan kes perbicaraan itu.

Mahkamah Tinggi sebentar tadi menjatuhkan hukuman pnjara sehingga mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong terhadap remaja berkenaan.

Sementara itu, peguam bela tertuduh, Mohd Haijan Omar berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan dalam tempoh terdekat seperti diperuntukkan undang-undang.

” Kita akan lalui proses yang adil mengikut proses undang-undang Seperti mana diperuntukkan dalam kanun acara jnayah, kita akan failkan dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Menurutnya, ibu tertuduh hadir mendengar keputusan itu dan menangis dengan hukuman berkenaan.

Dipenjara selama diperkenankan oleh YDPA

Terdahulu, Mhkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, mensabitkan seorang remaja lelaki bersalah membvnuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukvman penjara terhadap remaja itu yang kini berusia 19 tahun sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Keputusan itu dibuat selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

” Oleh sebab penama tidak boleh dikenakan menjalani hukvman m4ti mengikut Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 semasa kejadian di bawah umur dan tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak.

” Dengan ini saya di bawah kuasa peruntukan yang ada untuk kesemua 23 pertuduhan dan kamu didapati bersalah memerintahkan ditahan dipenjara selama diperkenankan oleh YDPA dan terpulang kepada YDPA untuk menyatakan syarat ke atas tahanan itu dari semasa ke semasa,” katanya.

Pada 28 Januari lalu, Azman Abdullah memerintahkan remaja itu yang berusia 16 tahun ketika didakwa melakukan kesalahan berkenaan, membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, mhkamah melepas dan membebaskan seorang lagi individu yang seusia remaja itu, yang dituduh bersama-samanya tanpa dipanggil membela diri.

Pada awalnya kedua-dua mereka dituduh secara bersama atas kesalahan membunvh, namun pertuduhan itu dipinda susulan keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Menurut pertuduhan dipinda, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicamkan, dituduh membunvh dan menyebabkan kem4tian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, 14 September 2017.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.