Connect with us

Semasa

Terlalu Rindu Anak, Lelaki Berjalan Kaki Dari Johor ke Pahang, Akhirnya Ditemui MeninggI Dnia di Tepi Jalan

Published

on

Seorang lelaki ditemui meninggI dnia di tepi jalan di Muadzam Shah, Pahang ketika dipercayai berjalan dari Segamat, Johor menuju ke kampung halamannya di Kuala Terengganu, kelmarin.

Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia, Rafie Zainal berkata, mngsa yang berusia 30 tahun itu kemudian disahkan positif COVlD-l9.

Ia disahkan selepas ujian s4ringan ketika bed4h siasat dijalankan terhadap jnzahnya yang dibawa dari Hospital Muadzam Shah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang, semalam.

” Arwh dikatakan terlalu rindukan anaknya di kampung menyebabkan dia berkeras untuk pulang dengan berjalan selepas sekian lama terpisah dengan keluarga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.

” Ada sumber memaklumkan kepada kami, arwh ada melintasi lokasi sekatan jalan raya (SJR) dan anggota bertugas melihatnya dalam keadaan lemah serta tidak bermaya.

” Atas ihsan mereka, arwh diberikan makanan dan dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanannya. Namun, dia berkeras untuk berjalan pulang sejak Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini.

Rafie berkata, waris lelaki itu ada meminta pihak berkuasa mengesan kedudukan arwh selepas gagal dihubungi kerana bimbang terhadap keselamatan dirinya.

Keluarga arwh tak mampu bayar kos pengebvmian

” Menurut kakak arwh yang menghubungi kami, arwh adiknya itu sangat bertanggungjawab pada keluarganya.

” Walaupun terkejut dengan khabar berita kem4tian adiknya itu, dia dan keluarganya tetap reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan oleh pihak hospital mengenai waris arwh tidak mampu untuk menanggung kos pengebvmian sebanyak RM1,500.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat itu, merela membantu urusan pengebvmian arwh termasuk membeli ker4nda serta menempah kubvr dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pengendalian jnzah pesak1t COVlD-l9.

Katanya, ia termasuk kaedah tayamum untuk solat jnzah dengan jnzah dibalut dua lapisan plastik, tiga lapisan kain dan dua kali proses sanitasi dilakukan sepanjang urusan pengebvmiannya di Tanah Perkubvran Islam Setali, Kuantan, Pahang, hari ini.

Hampir pitam, peluh mencurah-curah

” Sepanjang tiga jam urusan pengebvmian itu, kami perlu memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) bagi mengelak jangkitan COVlD-l9.

” Cuaca agak panas ketika proses pengebumian itu dan kami perlu mengambus tanah secara bergilir-gilir selepas jnzah dimasukkan ke li4ng l4had.

” Sepanjang tempoh itu, ada beberapa kali saya seperti mahu pitam kerana terlalu lemas berada dalam keadaan itu dengan peluh mencurah-curah membasahi pakaian kami.

” Sedangkan kami hanya memakai PPE dalam tempoh tiga jam sudah merasa sebegitu, apatah lagi petugas barisan hadapan. Tidak dapat saya bayangkan betapa hebatnya mereka memakai pakaian berkenaan seharian,” katanya.

Beliau berkata, pengurusan jnzah arwh berkenaan adalah bantuan kali kedua dihulurkan pihaknya bagi membantu urusan pengebumian pesak1t COVlD-l9 selepas seorang pesak1t di Hospital Kuala Lumpur (HKL), sebelum ini.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kem4tian ke-110 (kes ke-6,743) adalah lelaki warganegara Malaysia berusia 30 tahun yang ditemui m4ti di Rompin, Pahang.

Katanya, ujian sampel COVlD-l9 diambil semasa bedah siasat didapati positif pada 12 Mei 2020 dan kes di bawah siasatan pihak polis dan Pejabat Kesihatan Rompin manakala punca jangkitan belum dikenalpasti serta masih dalam siasatan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.