Connect with us

Semasa

Lelaki Buta Gigih Jual Pulut Seorang Diri, Demi Menyara Isteri Umur 98 Tahun Yang Sedang Sakit

Published

on

Ramai yang mengatakan cinta akan membuat hidup seseorang menjadi lebih bermakna dan mempunyai seseorang yang benar-benar mencintai anda adalah suatu diimpikan semua.

Cinta sejati juga tidak mengenal darjat, harta dan rupa paras. Selagi dua insan saling menyayangi, hidup mereka pastinya lebih bertahan meskipun perlu menempuh pelbagai rintangan.

Begitulah kisah tentang seorang lelaki tua buta dikenali sebagai Yom Homhuan, yang menanggung isterinya yang sakit dengan menjual pulut bamboo (pulut dalam buluh) sendirian selama bertahun-tahun.

Kisah yang menyentuh hati ramai ini mendapat perhatian Matichon, sebuah portal terkenal negara Gajah Putih itu dan menjadi bualan masyarakat setempat sejak sekian lama.

Menurut portal itu, lelaki berusia 67 tahun itu akan mendapatkan stok bekalan pulut bamboo dari penduduk di sekitar kampungnya pada setiap hari Jumaat.

Dia kemudian menjual makanan itu yang diisi ke dalam bakul yang diletakkan di atas basikalnya dan sering menumpang seorang pemandu trak yang akan meninggalkannya di luar Kuil Khao Ta Krao di Wilayah Phetchaburi.

Di situ, dia mendirikan ‘gerainya’ itu bagi menarik perhatian orang ramai pada hujung minggu.

Sesekali Yom akan cuba menarik perhatian pembeli dengan menggunakan megaphone (hailer) dan meskipun cacat penglihatan, dia perlu mendapatkan wang untuk menanggung isterinya yang berusia 98 tahun.

Menurut Yom lagi, sejak berkahwin mereka tidak dikurniakan cahaya mata kerana isterinya mempunyai di4betes dan tekanan dar4h tinggi, justeru dia perlu memberi lebih perhatian terhadap isterinya.

Hilang penglihatan selepas mata ditend4ng lembu

Ditanya apakah punca sebenar menyebabkannya hilang penglihatan, Yom menceritakan semuanya berpunca akibat daripada kmIangan ketika dia masih kecil, di mana dia ketika itu mengikut ibunya ke ladang dan telah ditend4ng oleh seekor lembu yang mengenai matanya.

Yom berkata meskipun dia dan isterinya hidup dalam kemiskinan namun dia tetap berusaha keras demi memenuhi keperluan hidup dan dalam masa sama perlu menanggung perbelanjaan perubatan isterinya yang tinggi.

Sementara seorang pelanggan tetap Yom menceritakan bahawa walaupun lelaki tua itu sangat miskin, tetapi dia mempunyai hati yang sangat baik dan murah hati.

Sekiranya pulut bamboonya itu tidak habis dijual sehingga waktu malam, dia akan memberinya kepada monyet yang tinggal berdekatan dengan kuil itu. Dia juga tidak kedekut untuk memberi sedikit makanan jualannya kepada orang ramai sekiranya terdapat sebarang acara keraian di kampung itu.

Yom selalunya akan berada di tempat sekitar kawasan letak kereta candi, berhampiran patung Luang Po Wat Ta Krao dan hanya berniaga pada hujung minggu.

Kami berharap Yom akan gigih mencari rezeki serta menjalani kehidupan bersama isterinya dan hidup bahagia bersama.

Mungkin suatu hari nanti anda bercuti di Thailand dan berada berdekatan dengan kawasan itu, bolehlah singgah untuk memberi sokongan kepada Yom, seorang lelaki tua yang sangat baik.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.