Connect with us

Semasa

Lelaki Digari Depan Isteri Dan Anak-Anak. Wanita Ini Menangis Bila Tahu ‘Kegiatan’ Sebenar Suaminya

Published

on

Seorang wanita baru habis pantang terkejut apabila suaminya ditahan poIis kerana terbabit dengan d4dah di Langkawi, semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu menangis kerana ketika s3rbuan 12 tengah hari itu, dia bersama suami dan tiga anaknya berusia tiga bulan hingga enam tahun bersiap untuk ke klinik.

Dia merayu supaya suaminya dibebaskan kerana bimbang terpaksa menjaga anak-anaknya seorang diri disebabkan tidak bekerja selain tidak mampu membayar sewa rumah serta membeli susu anak.

Lebih meruntun hati apabila dua daripada anaknya berusia lima dan enam tahun turut terkejut melihat bapa mereka ditahan poIis dengan tangan bergari. Namun, bapa tiga anak itu diberi peluang mencium anak-anak dan isterinya sebelum dibawa ke balai.

Ambil d4dah kerana mahu hilangkan mengantuk

Lelaki berusia 28 tahun itu memberi alasan terpaksa mengambil d4dah jenis syabu sejak Mac lalu untuk memberi tenaga ketika menangkap ikan di laut selain menghilangkan rasa mengantuk.

Katanya, dia pada mulanya mahu mencuba selepas rakannya yang juga nelayan menyuruh dia cuba sebelum ketag1h.

” Saya guna duit hasil menangkap ikan untuk beli d4dah daripada ejen yang masuk ke kawasan ini atau beli melalui rakan ketika di laut.

” Saya keluar menangkap ikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas hilang pekerjaan dan bekerja sebagai tukang baiki tangki air di kawasan Langkawi sebelum ini.

” Sejak itulah saya cuba mengambil d4dah untuk hilang tekanan disebabkan tak ada duit,” katanya di Langkawi, semalam.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Langkawi untuk tindakan lanjut.

Bertempiaran lari

Dalam s3rbuan itu, beberapa penag1h d4dah yang sedang berurusan dengan ejen bertempiaran lari sebaik menyedari kawasan itu diserbu poIis namun sebahagiannya berjaya ditngkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, s3rbuan itu dilakuka berdasarkan maklumat yang diterima anggotanya berhubung kegiatan pengedaran dan penag1han d4dah di kawasan itu.

Beliau berkata, s3rbuan besar-besaran dilakukan di pulau Langkawi ini adalah untuk membanteras kegiatan d4dah yang semakin membimbangkan.

” Hasil maklumat yang kita perolehi mendapati, penag1h di pulau ini mendapatkan bekalan secara kecil-kecilan daripada pengedar untuk kegunaan sendiri bagi tujuan melepaskan gian.

” Bagaimanapun, melalui operasi Op Sarang yang kita jalankan ini, anggota kami berjaya menangkap ramai penag1h termasuk peng3dar d4dah sepanjang hari dalam ops berkenaan,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.