Connect with us

Semasa

Polis Tahan Dua Lelaki Perlekeh Hari Jawi. Tak Sangka Ini Pula Respon Siti Kasim “Ingat Kata-Kata Saya!”

Published

on

Dua hari lalu polis menahan dua lelaki yang disyaki membuat komen memperlekeh pengumuman kerajaan berkenaan hari Jumaat sebagai ‘Hari Jawi’ menerusi media sosial, dalam dua serbuan di Perak dan Pulau Pinang.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata dua lelaki berusia 25 dan 35 tahun itu masing-masing ditahan di Tanjung Rambutan, Perak dan Butterworth, Pulau Pinang.

Menurutnya, kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor untuk siasatan mengikut Sksyen 505 (c) Kanun Kesksaan dan Sksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

” Kedua-dua mereka ini ditahan dan direman kerana memuat naik kenyataan di laman sosial berhubung hari Jumaat sebagai Hari Jawi.

” Seorang lagi individu yang berkaitan dengan kes ini sedang dicari bagi membantu siasatan dan polis sudah mengenal pasti identiti lelaki berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Dr Zulkifli umum hari Jumaat ‘Hari Jawi’

Satu kertas siasatan dibuka selepas laporan polis dibuat di Kluang, Johor berhubung komen netizen yang memperlekeh hari Jumaat diumumkan sebagai ‘Hari Jawi’.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan Jumaat sebagai Hari Jawi dalam usaha mengekal dan memperkasa sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga hari ini.

Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, usul ini dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas dan mendapat sokongan penuh daripada semua ahli jemaah menteri.

” Kerajaan serius memartabatkan tulisan Jawi. Saya menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memelihara warisan negara ini,” katanya.

Beliau berkata, bagi menzahirkan iltizam memartabatkan tulisan Jawi, kepala surat rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menggunakan tulisan Jawi bagi urusan rasmi mulai hari ini.

Susulan pengumuman itu, netizen memuat naik beberapa kenyataan menghiina dan memperlekehkan usaha itu di laman sosial.

Ini respon Siti Kasim berhubung penahanan terbabit

Sementara itu menerusi satu hantaran di Facebook, aktivis dan peguam Siti Kasim telah menyuarakan pandangan beliau terhadap penahanan terbabit.

Siti Kasim menulis hantaran tersebut dalam Bahasa Inggeris sambil memuatnaik keratan artikel Malay Mail, antara lain memberi amaran kepada kerajaan agar tidak mencampurkan agama dengan pentadbiran negara.

” Penindasan (penahanan tersebut) mungkin tanda yang sangat jelas untuk berasa tidak selamat.

” Adakah ia kerana mereka yang berkuasa ini sedar bahawa mereka berada di sana dengan sekelompok majoriti? Adakah mereka berusaha untuk melindunginya dengan cara apa sekalipun?

” Ingat kata-kata saya. Suatu hari anda akan ingat amaran saya bahawa mencampurkan Agama dengan Negara (politik) akan menjadi punca kejatuhan mana-mana negara.

” Terdapat banyak contoh (yang berlaku) di seluruh dunia. Anda dapat melihat ia sedang berlaku di sini.” tulis Siti Kasim

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.