Connect with us

Semasa

Lelaki Sempat Ugut Sblum Terjun, “Aku Cam Muka Kamu Smua, Aku Akan Temb4k Semua Polis Yg Buat Rondaan”

Published

on

” PeIuru dekat Thailand harga RM2.50 saja bos, aku cam muka kamu semua, nanti aku akan temb4k semua poIis yang buat rondaan.”

Itu antara ugutan oleh seorang lelaki kepada anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) ketika membuat rondaan di pengkalan haram di Rantau Panjang, semalam.

Pegawai Pemerintah PGA8, Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, anggota yang bertugas terserempak dengan suspek berusia lingkungan 30-an dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota kemudian menghampiri suspek untuk membuat pemeriksaan namun lelaki itu enggan memberikan kerjasama sebelum mengugut menikam anggota sambil mengacukan sabit di tangan.

” Anggota cuba meminta dia bertenang sebelum lelaki terbabit tiba-tiba mencampak sabit yang dipegang ke dalam perahu dan terjun ke Sungai Golok dipercayai berenang ke sempadan Thailand.

” Dalam keadaan tegang itu, suspek sempat melaungkan kata-kata ugutan sebagai tanda amaran kepada pihak kami yang menjalankan tugas mengekang kegiatan dia yang dipercayai penyeludup.

” Kewarganegaraan suspek tidak dapat dikenal pasti, manakala pisau sabit miliknya dirampas dan diserahkan kepada Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Pasir Mas,” katanya.

Muhammad berkata, kes itu disiasat mengikut Sksyen 506 Kanun Kesksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Sksyen 186 Knun Kesksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas selain Sksyen 7(1)(A) Akta Bahan Kakisan, Letvpan dan S3njata Bah4ya 1958 (Akta 357).

” Tindakan suspek cuba menakutkan anggota kami, namun PGA8 sudah biasa dengan ugutan sedemikian, malah kami tidak gentar sebaliknya terus berani mencegah pelbagai aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

” Selain itu, kawalan terus diperketatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada kegiatan haram yang dilakukan penyeludup selain memperkasakan Ops Benteng Covid yang kini di bawah tanggungjawab PGA8.

” Selain itu, terima kasih kepada agensi penguat kuasa lain serta masyarakat setempat yang memberi kerjasama baik kepada pihak kami,” katanya.

Sementara itu, minggu lalu, dua anggota polis dari Balai Polis Nibong, Tanah Merah nyaris terkena tembakan dipercayai daripada senapang angin yang dilepaskan oleh dua lelaki dari arah sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok.

Menurut Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat, kejadian berlaku ketika anggota berkenaan sedang melakukan rondaan sempadan ternampak seorang lelaki cuba menyeberangi Sungai Golok.

” Setelah lelaki tersebut sampai di tebing sungai sebelah Thailand, tiba-tiba keluar dua lelaki yang masing-masing membawa selaras senapang angin.

” Lelaki itu kemudiannya melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota polis berkenaan. Laporan mengatakan dua das temb4kan mengenai tebing sungai manakala satu das lagi tersasar,” katanya.

Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.