Connect with us

Semasa

Lelaki Tampil Mengaku Rempuh Wanita Bertelekung Hingga M4ut. Tapi Bila Semak CCTV, Kantoi Hal Sebenar

Published

on

Seorang wanita yang dalam perjalanan ke surau untuk solat Subuh berjemaah antara tiga m4ut selepas dirempvh sebuah kereta di Jalan Mambau – Port Dickson di sini pagi tadi.

Noraniza Mohamed Amin, 42, yang memakai telekung sedang berjalan kaki sebelum dirempvh kereta dipandu seorang lelaki kira-kira jam 6 pagi di hadapan Surau Al-Muqarrabin, Kampung Mambau di sini.

Perkara tersebut dikongsi ahli keluarga dan adik mangsa, Norashikin, 35, di laman sosial yang turut bersedih dengan pemergian wanita mempunyai empat cahaya mata itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, siasatan awal pula mendapati pasangan suami isteri, K Thamotharan, 44, dan S Ramadevi, 38, dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Taman Kelab Tuanku Seremban menuju ke arah Hospital Seremban.

” Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Myvi masuk ke laluan bertentangan sebelum merempvh pasangan suami isteri yang menaiki motosikal itu.

” Kereta itu kemudian berpusing lalu melanggar Noraniza yang berjalan kaki di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Said berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun bagi membantu siasatan berkaitan kmIangan m4ut itu selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kmIangan.

Pada awalnya seorang lelaki berusia 61 tahun mengaku..

Ketiga-tiga mangsa dilanggar kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun di hadapan Surau Al-Muqarrabin, Kampung Mambau, hari ini.

” Pada awalnya seorang lelaki berusia 61 tahun mengaku memandu Perodua Myvi yang terlibat dalam kejadian, namun berdasarkan rakaman CCTV didapati pemandu kenderaan tersebut tidak kelihatan sepertinya.

” Menurut rakaman percakapan dan pengakuan awal warga emas itu serta setelah melihat rakaman CCTV yang diperoleh, akhirnya dia mengaku pemandu sebenar adalah anak lelakinya yang berumur 27 tahun,” katanya.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke hospital untuk diambil sampel darah bagi menjalani ujian kimia.

” Kes disiasat di bawah Sksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Sksyen 419 Kanun Kesksaan kerana menipu,” katanya.

Sementara itu menerusi satu hantaran di Facebook, adik dan sepupu mangsa meluahkan rasa sebak sebaik mendapat berita tersebut.

Adik arwh meminta orang ramai mendoakan agar diampukan dosa-dosa arwh.

Sementara sepupu arwh pula terkejut sebaik mendapat berita pada pagi kejadian.

” Ya Allah, Innalillahhi wainnahilaihi rojiun, dapat berita pagi ini, sepupuku telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi. Kes langgar lari, semasa arwh ingin pulang ke surau selepas solat subuh.

” Semoga diampunkan segala dosa-dosanya, moga rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan soleh dan dikurniakan syurga firdaus untukmu Ija.” tulis sepupu arwh.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.