Connect with us

Semasa

Letak Jawatan Mukhriz, Jangan Menyusahkan Orang – Mahdzir Khalid

Published

on

Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir disaran supaya melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kedah kerana beliau sudah kehilangan majoriti untuk terus menerajui pentadbiran negeri itu.

Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid, berkata itu langkah terbaik yang perlu diambil Mukhriz demi kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri serta tidak “menyusahkan banyak pihak”.

” Sepatutnya dengan tidak menyusahkan banyak pihak termasuk istana, beliau meletak jawatan terlebih dulu.

” Kalau dia (Mukhriz) masih ada ahli (majoriti) yang cukup, dia boleh terus kekal sebagai menteri besar.

” Namun, kalau tak cukup (majoriti) sepatutnya letak jawatan,” katanya Mahdzir yang juga bekas menteri besar Kedah kepada Malaysiakini, hari ini.

Hari ini, Mukhriz mempertahankan yang beliau masih menteri besar Kedah walaupun pembangkang mendakwa beliau telah hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

” Suasana politik di Kedah masih lagi terkawal, saya masih lagi menteri besar dan kerajaan masih lagi wujud, maka tidak benarlah dakwaan dari mana-mana pihak bahawa kerajaan ini telah jatuh semalam,” katanya dalam sidang media di Wisma Darul Aman, Kedah, hari ini.

Mukhriz yang juga Adun Jerlun berkata terdapat prosedur yang perlu diikut untuk menukar kerajaan.

PH Kedah dan Mukhriz hilang majoriti selepas Adun Sidam dan Lunas mengumumkan keluar PKR (bawah) dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Susulan perkembangan itu, PAS Kedah mengumumkan PN mempunyai majoriti mudah, serta mendapat sokongan empat Adun Bersatu, untuk menubuhkan kerajaan baru.

Untuk rekod ini kali kedua kedudukan Mukhriz sebagai menteri besar tergugat, kali pertama berlaku ketika beliau bersama Umno.

Krisis dalaman Umno membabitkan Mukhriz dan kepimpinan utama ketika itu menyaksikan beliau meletak jawatan menteri besar Kedah pada 3 Feb 2016.

Sultan ada jalan penyelesaian terbaik

Mengulas lanjut Mahdzir berkata, beliau yakin pihak istana khususnya sultan mempunyai jalan penyelesaian terbaik bagi merungkai kemelut berkenaan.

Bahkan katanya ia bukanlah kali pertama Kedah berdepan dengan krisis politik sedemikian rupa.

” Isu Kedah ini bukanlah kali pertama berlaku dan ia boleh diselesaikan dengan kebijaksanaan pihak istana.

” Saya yakin dalam isu ini pihak istana khususnya Tuanku Sultan mempunyai kebijaksanaan dalam mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis ini,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.